JOHOR BAHARU : Kerajaaan Barisan Nasional digesa untuk tidak terus-menerus menyalahkan faktor hujan lebat yang berterusan serta pemanasan global yang menjadi punca kepada banjir teruk yang melanda negeri Johor baru-baru ini.
Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Skudai (DAP), Dr. Boo Cheng Hau berkata, BN sebagai kerajaaan di negeri Johor sepatutnya mengambil langkah proaktif bagaimana mahu mengatasi masalah banjir yang sering melanda negeri tersebut.
"Saya sangat kecewa dengan ketidakpekaan kerajaan Barisan Nasional untuk kesejahteraan rakyat Johor," katanya dalam satu kenyataan media.
Malah menurut Dr Boo, malang sekali apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mengambil iktibar dari peristiwa banjir yang berlaku pada 2006.
" Lapan bulan selepas bencana, pada bulan September 2007, Exco Johor meluluskan 37.000 hektar (100.000 hektar) hutan simpan bagi tujuan projek Kayu Lateks Clone (LTC), di mana ia adalah hutan cadangan yang dibuka untuk penanaman pokok getah yang dikatakan sumber bekalan getah untuk industri perabot kayu," tambah Dr Boo lagi.
Johor menghadapi kekurangan air di daerah Semborong, Kluang, Yong Peng dan Batu Pahat tetapi berpotensi untuk banjir teruk di Segamat, Labis, Kluang dan Kota Tinggi akibat salah urus cadangan hutan negara dan sumber air.
Setakat ini, mangsa banjir di Johor yang dipindahkan berkurangan kepada 42,998 orang berbanding 45,909 semalam ekoran cuaca semakin baik tetapi daerah Segamat terus menunjukkan peningkatan secara ketara.
Selain Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang turut dilanda banjir buruk.
Bencana kali ini diakibatkan hujan berterusan selama hampir 10 hari manakala menurut Jabatan Meteorologi, hujan dijangka turun sepanjang minggu ini di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan