| KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.
"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.
Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.
Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.
"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.
Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.
Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.
Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.
"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa.
Sukar untuk PAS dan Umno bersatu
Dalam ucapannya juga, Isa berkata, sukar untuk PAS dan Umno bersatu kerana jika kedua-duanya bersatupun Melayu tetap tidak akan bersatu.
"Kalau PAS dan Umno bersatu, tentu ada orang akan tubuh parti Melayu yang lain. Baru-baru ini parti Kita tubuh, lepas ini parti Kami pula," kata Isa disambut tepukan sorakan gemuruh peserta di dewan PWTC yang kebanyakannya adalah penyokong Umno itu.
Kita adalah parti yang dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan baru-baru ini.
"Jadi apa yang kita minta adalah, biarlah Umno dan PAS ini bersatu atas perkara-perkara yang disepakati untuk kepentingan orang Melayu...itu dah cukup," kata Isa.
Desakan untuk PAS bersatu dengan Umno menjadi vokal di kalangan peserta Simposium Dilema Melayu itu yang rata-rata pro Umno atau anak didik Umno di kampus seluruh negara itu.
Ia dianjurkan oleh bekas pelajar pro Aspirasi iaitu kumpulan pelajar yang pro Umno dalam kampus.
Mustafa ketika mengulas isu ini berkata, menjadi dasar PAS dan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara kepentingan bersama dan untuk keadilan.
"Kita dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk mempertahankan tiga perkara pokok dalam perlembagaan iaitu Islam agama rasmi persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu dan juga kedudukan raja-raja Melayu.
"Bahkan menjadi dasar PAS juga untuk bekerjasama dengan Umno untuk perkara-perkara kepentingan bersama atas prinsip keadilan," katanya.
|
11 ulasan:
Sebenarnya, rasuah merupakan masalah di semua negara di seluruh dunia. Tidak kira negara kaya ataupun miskin, terbangun ataupun mundur. Rasuah tetap ada.
Corruption is one of the problem Malaysia is facing. This problem should be taken serious.
apa yang penting adalah rasuah harus diperangi tidak kira sama ada ianya sedikit atau pun banyak.
Saya tidak bersetuju jika pendapat mengatakan bahawa rasuah bukan masalah di Negara kita. Mungkin ianya bukan masalah golongan atasan kerana mereka lebih suka dengan rasuah tapi rakyat sangat2 melihat ini sebagai satu maslah yang harus di bendung dengan segera!
Jangan pandang remeh tentang rasuah. Ini kerana rasuah boleh menyebabkan anda hilang matlamat utama.
mungkin bagi sesetengah pihak ada yang berpendapat masalah rasuah di Malaysia bukan ditahap yang kritikal. sebenarnya kita tidak perlu buat perbandingan dengan negara2 lain bagi menguatkan dakwaan kononnya masalah rasuah di negara ini tidak kritikal. lihat dahulu berapa ramai yang terlibat, berapa jumlahnya dan kesannya kepada negara dan rakyat. walaupun hanya melibatkan satu kes, ia patut dipandang serius kerana potensi rasuah ini boleh menghancurkan negara.
mana2 individu yang pernah disabitkan kesalahan rasuah tidak patut diberikan peluang untuk menjawat jawatan samada dalam perkhidmatan awam mahupun GLC. kerajaan sepatutnya tegas dalam hal ini jika mahu kekal lama memerintah.
Sebaikknya setiap individu menjauhkan diri dari rasuah.
Selain itu semua pihak harus bekerjasama utk menanggani isu ni dan bukannya asyik menyalahkan saja.
Kebanyakkan ahli politik negara kita ini salah dengan kuasa mereka. Perkara yang perlu dilakukan dilupakkan. Kita mengharapkan semoga rakyat dapat memikirkan mana pemimpin yang berkebolehan.
rasuah mmg boleh berlaku di mana sahaja, namun kita harus juga memerangi tasuah kerana dibiarkankan ia akan menjadi satu penyakit kronik yang boleh membawa kesan amat buruk kepada negara.
Catat Ulasan