HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 Februari 2011

RM10 Juta Belanja Baik Pulih MRR2 Untuk Tahun Ini

BERNAMA


KUALA LUMPUR : Kementerian Kerja Raya akan membelanjakan RM10 juta tahun ini untuk menambah baik jalan, penghadang jalan, sistem saliran dan juga membaiki beberapa jejambat di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

"Banyak perkara yang perlu diganti, penurapan semula perlu dilakukan dan kita juga akan pastikan permukaan jalan sentiasa selamat untuk pengguna,” kata menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Terdahulu, Shaziman meluangkan masa kira-kira sejam meninjau tiga lokasi di MRR2 iaitu di laluan menghala ke Kepong, jejambat Batu Caves dan di susur masuk ke Lebuh Raya Karak di Gombak.

Beliau juga berkata, kabinet dalam mesyuaratnya pada 19 Januari bersetuju supaya kementerian bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan MRR2 bermula bulan lepas bagi mengelak pertindihan tugas dengan agensi lain.

Menurutnya sebelum ini MRR2 diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di beberapa bahagian sepanjang jalan itu yang jarak keseluruhan 45 kilometer, sehingga menyebabkan berlaku pertindihan tugas.

Tiada ulasan: