HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mac 2011

Harga Makanan Naik Berpunca Dari Kerajaan Pusat-Sim Tze Tzin

TVS NEWS


SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata kerajaan negeri Pulau Pinang komited mendepani masalah rakyat termasuk hal yang berpunca dari kerajaan pusat.

Beliau merujuk kepada kenaikan harga makanan di negara ini yang meningkat sehingga 167 peratus.

"Di Pulau Pinang kita berusaha menurunkan kadar sewaan gerai kepada peniaga kecil dan pada tahun lepas. Kita kurangkan 50% kadar sewaan gerai di semua gerai di pasar-pasar awam termasuk gerai bawah seliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), ini adalah usaha untuk kurangkan impak kenaikan harga barang," katanya kepada Tv Selangor.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang hari ini dalam satu kenyatan media mendakwa, harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

Menurut peniaga yang ditemubual oleh pegawai CAP berkata, kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

Justeru itu menurut Sim, apa yang termampu dilakukan oleh kerajaan negeri hanyalah bertindak meringankan beban rakyat.

"Kita perlu maklumkan kepada rakyat bahawa keadaan ini berpunca dari kerajaan persekutuan yang tidak seimbang dengan sewenang-wenangnya membiarkan harga
barang naik, jika Pakatan Rakyat mentadbir di peringkat persekutuan kita tahu mengatasinya, tingkatkan subsidi kepada rakyat,"jelas Sim.

Harga kopi dan teh di Pulau pinang kini meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

Manakala harga char kueh teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

Malah, bayaran bagi perkhidmatan lain turut dilaporkan meningkat seperti perkhidmatan pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal meningkat daripada antara 20 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh lebih enam bulan lalu.

Menyedari implikasi yang akan berterusan terkesan kepada rakyat baik perniaga mahupun pengguna, Sim menjelaskan Kerajaan Pulau Pinang juga mengambil pendekatan mewujudkan satu jawatankuasa bertindak yang berperanan memantau harga barang 'Consumer Watch'.

"Objektif pasukan ini adalah untuk memantau harga barang dipasaran, dan setiap DUN mempunyai pasukan yang akan diketuai oleh ADUN masing-masing, sekiranya terdapat kenaikan harga barangan terlampau aduan boleh dilakukan dan YB kawasan berkenaan akan menghantar pasukannya untuk membuat kaji selidik,kalau di
didapati bersalah kita akan mengambil tindakan,"jelasnya.

Tiada ulasan: