HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Mac 2011

Mafrel : Undi Pos Tidak Wajar Dimanipulasi Mana-Mana Pihak

Ditulis oleh Ezli


SHAH ALAM : 'Undi Pos' bukan lagi isu baru di setiap kali pilihan raya berlangsung namun ia sering menjadi talian hayat dan dimanipulasi pihak Umno-BN untuk kebelangsungan politik mereka.

Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil atau ringkasnya MAFREL Syed Ibrahim Syed Noh berkata sungguhpun undi pos ini termaktub dalam undang-undang namun ia seharusnya digunakan berdasarkan keadaan semasa bukannya disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

"Memang ada peruntukan undang-undang bahawa, suami ataupun isteri anggota keselamatan boleh membuat undi pos, tetapi dalam keadaan suasana negara kita yang aman dengan kemudahan awam yang banyak, mereka boleh mambuat undi biasa tanpa memerlukan undi pos," katanya.

Tambahnya lagi, keadaan ini tidak menolak kemungkinan terdapat usaha kerajaan memanipulasi jumlah undi menerusi undi pos.

"Bagi saya, ini mungkin ada usaha memanipulasikan undi pos dengan mengunakan tambahan undi pos, kemudian ada cara-cara tertentu supaya undi pos ini dapat dimanipulasikan, dengan keadaan macam ini mungkin dalam pilihan raya umum saya rasa perkara ini mungkin akan jadi satu perubahan besar dan akan memberi kesan besar kepada keputusan pilihanraya," katanya.

Mengulas isu undi pos di PRK Merlimau dan Kerdau, Syed Ibrahim berkata ia tidak begitu memberi kesan namun apa yang penting ialah kesedaran pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dengan bijak.

"Pegundi-pegundi harus mempunyai maklumat yang tepat, harus menyedari hak mereka sebagai pengundi dan jangan terpengaruh dengan sogokan dan rasuah atau elemen-elemen lain yang sebenarnya untuk membeli mereka.

"Mereka harus membuat keputusan berdasarkan maklumat dan masa depan kawasan mereka berasaskan ciri-ciri yang jangka masa panjang dan bukannya insentif yang bersifat jangka masa pendek," katanya.

Tiada ulasan: