GEORGE TOWN : Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat keadaan lokap dan penjara di seluruh negara yang beliau sifatkan sebagai "begitu teruk keadaannya".
Beliau berkata keadaan di lokap di negara ini memerlukan perhatian dan penambahbaikan segera kerana suspek tidak sepatutnya diberi layanan buruk seperti itu.
"Lokap di tingkat tujuh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim (pemimpin pembangkang) ditahan pada 16 Julai, 2008, mencerminkan dengan jelas keadaan teruk lokap yang ada di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Karpal , yang juga pengerusi kebangsaan DAP, berkata tandas di lokap juga tidak sesuai untuk kegunaan manusia dan terletak terlalu hampir dengan tempat tidur suspek, yang berlantaikan simen.
Beliau berkata lokap di Balai Polis Gombak juga tidak sesuai untuk menempatkan manusia kerana ia digunakan sebagai tempat tidur oleh lima suspek pada sesuatu masa, tanpa disediakan tilam atau selimut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan