HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 April 2011

Keputusan Dominique Keluar Parti Tidak Jejaskan KEADILAN

TVS NEWS

BA' KELALAN : Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak Baru Bian yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus kukuh dan didokong rakyat meskipun bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Padungan, Dominique Ng mengambil keputusan keluar parti semalam.

Bagaimanapun, Baru berkata beliau sedih kerana Dominique mengambil keputusan secara mendadak tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu, walhal majlis pimpinan parti sudahpun berbincang kemungkinan untuk menurunkan beliau bagi menawan salah satu kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke- 13 nanti.

"Saya telah difahamkan perbincangan telah dibuat dan difahamkan dari Ketua Umum PKR, Dominique akan diberi peluang untuk menjadi ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan datang. Bagi saya itu satu pilihan atau cadangan yang baik dari pemimpin parti," kata Baru.

"Ini adalah demokrasi di mana dia mungkin berpendapat langkah yang baru ini mungkin mengembangkan keraier politiknya. Saya percaya dia sudah memikirkan pelbagai kemungkinan sebelum mengambil keputusan itu," kata Baru.

"Bagi saya PKR mempunyai dasar parti yang jelas dan saya harap dia tidak mengambil langkah yang terbatas dengan emosi," ujarnya lagi.

Bagaimanapun Baru berkata beliau tetap menghormati keputusan Dominique dan mengucapkan selamat maju jaya dalam karier politik beliau seterusnya.

"Saya doakan yang terbaik untuk Dominique, jika ini pilihannya. Dia masih muda. Ini bukan penghujung karier politiknya," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: