KUCHING : Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (N9) Padungan Dominique Ng hari ini hadir di pusat penamaan calon, Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan bagi mempertahankan kerusinya.
Dominique bertanding atas tiket bebas selepas mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat semalam.
Beliau menyerahkan borang pencalonan kira- kira jam 9.25 pagi diiringi beberapa penyokongnya dan bakal berhadapan dengan calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sim Kiang Chiok dan calon DAP Wong Kin Wei dalam pertembungan tiga penjuru yang dijangka sengit.
Spekulasi tercetus samada beliau akan mempertahankan kerusinya atau menentang calon PKR di kerusi Batu Lintang iaitu See Chee How.
Pada 2006, Dominique merupakan satu-satunya calon PKR yang memenangi kerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini menewaskan penyandang sebelumnya dari SUPP' Lily Yong dengan majority 1417 undi.
Dominique meraih 8002 undi manakala Lili mendapat 6585.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan