| Aziz Muda |
| KUALA LUMPUR: Projek perumahan 'Rumah Pertamaku' tidak akan memberikan sebarang erti kepada keseluruhan rakyat negara ini, selagi para pemimpin Umno BN tidak benar-benar ikhlas untuk merealisasikannya. Sebaliknya, generasi muda yang menjadi golongan sasar bagi projek itu mungkin akan menanggung beban hutang yang berpanjangan disebabkan kecenderungan para pemimpin Umno BN bermain politik dengan rakyat berhubung dengannya. Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain yang turut menyedari perkara itu berusaha menyedarkan para pemimpin Umno BN agar tidak terus bersikap demikian demi kepentingan rakyat, dengan membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut beliau, mengenai projek perumahan 'Rumah Pertamaku', apakah kerajaan dapat memastikan projek itu tidak dipolitikkan. Katanya, persoalan tersebut dibangkitkan supaya genarasi muda yang menjadi pembeli rumah menerusi projek itu tidak menanggung hutang akibat tidak berkemampuan membayarnya disebabkan harga rumah yang tinggi. "Sehingga kini kerajaan dilihat tidak mempunyai kawalan menyeluruh terhadap pemaju-pemaju perumahan, khususnya di kawasan-kawasan bandar dan lokasi-lokasi tertentu," katanya ketika mengemukakan soalan lisan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Disebabkan kelemahan itu, menurut beliau, kebanyakan pihak pemaju telah mengambil kesempatan menaikkan harga rumah, sehingga menjadikan harga rumah begitu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh generasi muda. "Ini akhirnya turut menimbulkan satu lagi masalah lain, iaitu projek-projek perumahan itu akan terbengkalai kerana tidak mampu dibeli oleh orang ramai," katanya. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai dalam jawapannya hanya berjanji akan mengambil perhatian dengan perkara yang dibangkitkan itu, tetapi tetap tidak diyakini akan berkemampuan mengubah keadaan. Sementara itu, ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, Muhammad berkata, urusan perumahan merupakan perkara amat penting kepada setiap orang termasuk generasi muda. Namun dalam hubungan ini, beliau amat kesal apabila projek tersebut hanyalah dijadikan gimik politik oleh para pemimpin Umno BN bagi meraih undi dari orang ramai. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 6 April 2011
Rumah Pertamaku hanya gimik politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan