Balingian – Suasana penolakkan rakyat terhadap pemerintahan Taib Mahmud mula kelihatan sejak awal penamaan calon apabila penyokong yang mengiringi calon sudah mula meninggalkan kawasan penempatan penyokong.
Keadaan ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa mereka yang hadir pada proses penamaan calon itu hanya desakan dari pihak tertentu. Dalam pada masa yang sama kebanyakkan penyokong BN mula memberi sokongan secara senyap terhadap calon PKR Suriati Abdullan dan juga kelompok penyokong PKR.
PKR yang mencalonkan Suriati Abdullah dilihat pencabar kepada kerusi yang dimenangi oleh Taib Mahmud. Sehari sebelum hari penamaan calon terdapat desas desus yang dimainkan oleh pihak BN mengatakan bahawa PKR tidak akan bertanding di kawasan N51 Dun Balingian.
Rata-rata rakyat mengharapkan calon PKR dapat menjatuhkan calon BN itu bagi mengembalikan keharmonian rakyat di Sarawak serta dapat mengembalikan hak rakyat yang telah dirampas.
Dun Balingian terdiri dari kaum Melanau, Iban dan Cina merupakan pengundi dikawasan tersebut yang pengundi majoriti dari kaum Melanau. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan