HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Mei 2011

Beku Permohonan Sijil Halal - Khairy

PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa kerajaan membekukan permohonan sijil halal sehingga satu kajian terperinci mengenainya selesai dijalankan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata satu proses pengauditan yang komprehensif perlu segera dijalankan oleh sebuah badan bebas terhadap proses kelulusan permohonan sijil halal oleh Jabatan Kebajikan Islam (Jakim), dan Majlis Agama Islam Negeri.

“Kita gusar, malah ia menimbulkan tanda tanya mengenai proses pengeluaran sijil halal serta pemantauan yang dilaksanakan.

“Ini termasuk, bagaimana syarikat-syarikat terbabit mendapat sijil halal dan kekerapan serta keberkesanan sistem pemantauan pihak berkuasa terhadap pemegang sijil halal,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Jelasnya, kerajaan perlu mengkaji dan memantau semua 52 badan pensijilan halal di luar negara yang tidak diiktiraf oleh Jakim dalam mengeluarkan sijil halal.

“Pemantauan kerap dan menyeluruh perlu dilaksanakan ke atas pemegang sijil bagi memastikan mereka mengikut garis panduan.

Khairy berkata, pihaknya berasa terkejut dengan pendedahan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal mengenai penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan yang digunakan sebuah syarikat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, pemberian sijil halal penting kerana majoriti penduduk negara beragama Islam dan akan berasa tertipu jika produk makanan didapati mempunyai najis berat dan haram di sisi agama.

“Sikap sebilangan pengusaha makanan yang tidak peka dengan sensitiviti umat Islam mengecewakan.

“Terdapat lebih 2,000 hotel dan resort di seluruh negara, tetapi hanya 366 yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya.

Baru-baru ini Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu DNA babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agree with Khairy, this should be reviewed and monitored first before continue to approve more Halal certificate to ensure that the products are truly safe to be consumed by Muslim consumers.

Tanpa Nama berkata...

This sort of things should not be taken lightly as it is sensitive to our Muslim friends.

Jason berkata...

I believe some products are not Halal even though it is stated in the packaging that its Halal.

Jason berkata...

This matter should be taken seriously. Make sure the products is really Halal before approving the Halal cert.

azman berkata...

harap pekara ini akan dipertimbangkan dengan sebaiknya dan pemantauan perlu sentiasa dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

diharap mereka yang mempunyai sijil halal tidak menyalahgunakannya.

Tanpa Nama berkata...

pemberian sijil halal harus dilakukan dgn lebih teliti dan terperinci.

Unknown berkata...

Rasanya banyak cara lagi yang boleh difikirkan selain membekukan sijil berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

apa sahaja cadangan langkah penyelesaian wajar diguna pakai bagi menunjukkan kerajaan serius menyelesaikan isu2 yang berkaitan dengan makanan di negara ini. pemimpin2 pembangkang juga patut mengemukakan cadangan mereka, bukannya asyik mencari peluang berpolitik.