HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mei 2011

Pilihan raya ke 13 tahun ini?

Rizal Tahir


KOTA BHARU: Pilihanraya Umum ke-13, dijangka akan diadakan tahun ini berikutan harga minyak tidak dinaikkan dalam tempoh terdekat meskipun ada usaha untuk menaikkan harga bahan api itu.

Selain itu juga, negara akan menanggung beban kewangan yang semakin kronik sekiranya pilihanraya itu diadakan tahun hadapan.

Timbalan Setiausaha Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah, berkata selain itu juga dakwaan terhadap Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui akhir bulan Jun ini.

“Kita yakin, Datuk Seri Anwar (gambar) akan dijatuhi hukuman akhir bulan depan dimana kes perbicaraan membela diri dalam kes perbicaraannya berlangsung pada 6 hingga 30 Jun dan selepas itu pilihanraya umum akan diadakan.

“Dua eleman ini antara petunjuk pilihanraya umum akan diadakan tahun ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PKR Terengganu menyeru Pakatan Rakyat peringkat akar umbi sentiasa dalam bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya itu.

Khabar angin yang terkini, pilihan raya umum akan diadakan Julai ini namun ramai yakin ia terlalu awal dan akan diadakan seawalnya September hingga November tahun ini.

"Ia sebaiknya selepas Bajet 2012 dibentangkan kerana ia senjata ampuh BN untuk memberi gula-gula kepada rakyat," kata seorang pemimpin PAS.

Namun begitu ada juga yang berpandangan ia akan diadakan selepas persempadanan semula pilihan raya yang seawalnya diadakan tahun 2012.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It is expected the elections will be held soon.

Tanpa Nama berkata...

Hope that all the parties will be prepared to compete in the next general elections. All the best.

Jason berkata...

High possibility the elections will held this year.

Jason berkata...

If GE13 were to held this year is not only because of the petrol didn't increase, but also due to Anwar recent sex video case.

Jason berkata...

Lets jst wait till the PM announced the date of GE13.

azman berkata...

tidak pasti lagi bila PRU 13 akan diadakan..

Tanpa Nama berkata...

para pengundi boleh hadapi PRU bila-bila masa tapi parti-parti politik sudahkah bersedia?

Tanpa Nama berkata...

belum tau lagi bila PRU13 akan diadakan.

Unknown berkata...

Susah untuk kita jangka bila PRU akan diadakan. Apa pun kita tunggu saja keputusan yang akan diberikan .

Tanpa Nama berkata...

pembangkang hari ini sibuk mempolitikkan tarikh pilihan raya dengan mengaitkan apa sahaja isu sedangkan dipihak mereka entah sudah cukup persediaan atau tidak.