GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang khususnya Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman tidak wajar dipersalahkan dalam isu robohan dua gerai milik peniaga Melayu di Batu Feringghi kelmarin, kata Jabatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Feringghi.
Pengerusinya Jamaluddin Hashim berkata, isu tersebut sebenarnya melibatkan dua peniaga Melayu, Rahayu Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim dan pemilik tanah persendirian, bukan membabitkan kerajaan Pulau Pinang.
Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Rahayu membuat kenyataan di media-media tertentu bagi menggambarkan kerajaan negeri tidak membela peniaga-peniaga Melayu.
"Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Datuk Mansor Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela Melayu di negeri ini.
"Isu tersebut sebenarnya membabitkan dua peniaga Melayu dan pemilik tanah persendirian yang kini sedang dibangunkan SJK (C) Pai Chai; bukan membabitkan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Khabarnya, salah seorang pengadu telahpun mendapat pampasan yang setimpal daripada pemilik tanah persendirian. Sebab itu, kami ingin mengetahui motif pengadu terbabit," ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya lagi, mereka terbabit sepatutnya terlebih dahulu menghubungi JKKK Batu Feringghi supaya jawatankuasa boleh berbincang dengan pihak berwajib sebelum sebarang penguatkuasaan dilakukan.
"JKKK tidak dimaklumkan pun mengenai notis roboh dua gerai tersebut. Jika kami mendapat makluman tersebut, kami akan berusaha berbincang dengan Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP bagi menangani isu ini," ujarnya.
Bagaimanapun beliau berkata, JKKK akan tetap berbincang dan mencari tapak niaga alternatif baru bagi menyelesaikan masalah kedua-dua pengadu tersebut.
Penyelesaian yang dimaksudkan katanya, termasuk membina astaka dua tingkat di Bayu Senja, Batu Feringghi sebagaimana yang dicadangkan pada pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang tadi. |
6 ulasan:
Hope that the JKKK can find a better location to relocate those stalls.
harap masalah ini akan dapat diselesaikan..
tapak baru yang diberikan biarlah sesuai.
sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan di peringkat bawahan tanpa melibatkan pihak kerajaan negeri.
Baguslah kalau cadangan tapak baru akan digantikan untuk tapak gerai yang dirobohkan.
aktiviti merobohkan gerai ini bukan pertama kali berlaku di Pulau Pinang.. dan semua yang menjadi mangsa ialah penduduk melayu..
Catat Ulasan