HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Ogos 2011

Air Mani itu mungkin milik Saiful Bukhari sendiri - Saksi Ke 4.

KL POS

KUALA LUMPUR - Perbicaraan Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan kenyataan Saksi Keempat, Dr. Brian McDonald yang mendakwa terdapat kemungkinan air mani di dubur Saiful Bukhari itu merupakan miliknya sendiri.

Beliau ada rasa kemungkinan ianya benar setelah merujuk kenyataan ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong yang tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu.

Sebelum ini Dr Seah memberitahu bahawa profil DNA Saiful diperoleh daripada ekstrak-ekstrak bukan sperma yang ditemui pada bahagian rektal yang tinggi.

Bagaimanapun dalam keterangannya hari ini, Dr McDonald menolak andaian sedemikian sambil berkata: “Beliau tiada bukti untuk menyokong yang itu.”



Tiada ulasan: