HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Oktober 2011

10 Tahun Bebas - Akhirnya Rais Yatim tegur Yusof Haslam.

KLPOS.COM

Terkejut apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yati, secara tiba-tiba dikhabarkan menegur Penerbit Filem No. 1 Malaysia, Datuk Yusof Haslam. Terfikir sejenak samada teguran tersebut merupakan isu mengenai filem-filem yang diarahkan anak beliau, Syamsul.

Rupa-rupanya isu telefon bimbit yang dibangkitkan. Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa Datuk Yusof Haslam telah 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit.

Jika ramai berpendapat telefon bimbit menjadi barang keperluan asas mereka, namun berbeza pula pandangan pemilik Syarikat Skop Production ini.

Beliau menganggap ketiadaan telefon bimbit telah memudahkan beliau bergerak ke satu destinasi dengan lebih tenang tanpa sebarang gangguan terutamanya selepas waktu pejabat.

Namun, setelah ditegur beberapa wartawan, rakan serta sahabat, Datuk Yusof akhirnya terpaksa menggunakan semula telefon bimbit setelah dipujuk isteri tersayang.

Malah Datuk Seri Dr. Rais Yatim sendiri pernah menegur beliau agar menggunakan alat telekomunikasi tersebut kerana mengeluh sukar menghubungi beliau.

“Saya dah guna telefon bimbit hampir setahun. Bukannya apa, selama ni susah wartawan nak hubungi saya. Lagi pun Dr Rais pun pernah tegur."

“Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon “cap ayam” cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan."

"Tapi terus terang saya katakan, nombor telefon ini saya tidak akan berikan kepada artis terutamanya artis-artis wanita. Saya tak mahu kejadian lama berulang lagi,” ujarnya.

Yusof tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas dia diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon.

Kejadian itu menimbulkan perselisihan faham di antara beliau dengan Fatimah sehinggalah beliau membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi telefon bimbit sebagai bukti kesetiaan dan cinta kepada isterinya.

Tiada ulasan: