MALAYSIA KINI
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PKR-DAP-PAS masih belum mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang walaupun setelah dua perbincangan diadakan.
Beberapa sumber berkata, punca utama ialah tuntutan DAP dan PKR untuk bertanding beberapa kerusi yang sama manakala PAS pula mensasarkan kawasan tertentu yang juga menjadi pilihan PKR.
Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, berkata walaupun kata sepakat belum dicapai, perkara itu boleh diselesaikan kerana beberapa lagi perbincangan akan diadakan.
"Ada beberapa kerusi yang menyaksikan tuntutan bertindih tetapi PKR Sarawak kata mereka akan menyerahkan kepada kepimpinan pusatnya untuk berunding dengan kita," katanya.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, berkata beliau yakin sebarang isu dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum kelak.
DAP dan PKR masing-masing mensasarkan untuk bertanding antara 12 dan 15 kerusi daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak manakala PAS dijangka bertanding di tiga kawasan.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan