HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Oktober 2011

`Apa kesudahan isu Sime Darby beli E&O?’

Sime Darby membeli 30 peratus saham E&O berjumlah RM776 juta secara tunai yang menimbulkan banyak keraguan serta dilihat sebagai satu urus niaga kurang bijak.



PETALING JAYA: Parti Kita Kedah mahu tanya mengenai kes pembelian saham syarikat pembangunan hartanah Eastern and Oriental (E&O) oleh Sime Darby Berhad yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Sime Darby membeli 30 peratus saham E&O berjumlah RM776 juta secara tunai yang menimbulkan banyak keraguan serta dilihat sebagai satu urus niaga kurang bijak.

Ketua Penerangannya Wan Rosli Omar berkata, “adakah kes itu selesai setelah Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan golf anjuran Sime Darby baru-baru ini.?

“Rakyat mahu tahu apa yang berlaku dan kerajaan tidak boleh menyembunyikannya. Adakah telah selesai? Ini yang rakyat hendak tahu.”

Beliau berkata, adakah isu ini telah ditutup daripada pengetahuan orang ramai?

“Kita memandang berat isu ini kerana Sime Darby merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang turut melibatkan maruah orang Melayu kerana Pengerusinya adalah orang Melayu iaitu Tun Musa Hitam.

Perkasa juga pertikai

“Kita tidak mahu kewibawaan GLC terus dipertikaikan,” tambahnya.

Pada 5 Oktober lalu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian 30 peratus ekuiti syarikat Eastern & Oriental Berhad (E&O) bernilai RM776 juta oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby).

Aduan itu dibuat oleh Ketua Penerangan, Ruslan Kassim.

Perkasa mahu siasatan terperinci perlu dibuat jika wujudnya krisis kepentingan, penyelewengan dan salah laku penjawat awam ke atas transaksi dagang dan pembelian saham terbabit yang berharga RM2.30 seunit.

Ruslan berkata, transaksi berprofil tinggi dalam jangka masa singkat menunjukkan timbulnya keraguan tentang peranan yang dimainkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Tan Sri Zarinah Anwar dalam transaksi yang melibatkan suaminya sendiri yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif E&O Datuk Azizan Abdul Rahman.

Beliau mendakwa wujud aktiviti dagangan dalaman (insider trading) memandangkan beberapa pengarah E&O termasuk Azizan didapati telah membeli saham syarikat tersebut sebelum diumumkan pembelian 30 peratus oleh Sime Darby.

Sime Darby sebelum ini dilapurkan mengalami kerugian mencecah RM1.2 bilion apabila gagal dalam sektor pelaburan minyak dan gas.

Tiada ulasan: