Kata bekas pengasas pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia
MARANG - Salah seorang bekas anggota tentera yang menjadi pengasas pasukan komando Malaysia, menggesa kerajaan memansuhkan undi pos dan memberikan peluang kepada anggota tentera mengundi secara biasa.
Haji Tuan Mahmod bin Tuan Baharu, 73, berkata undi pos sudah tidak mustahak kerana negara Malaysia bukan lagi dalam keadaan darurat.
"Saya rasa undi pos ini tidak mustahak dah, (malaysia) bukan dalam darurat, kita dalam aman, kita naik kapalterbang (selama) dua jam (kita boleh) sampai ke Sarawak,
"kalau kita (kena) mengundi di Sarawak, kita naik kapalterbang je, apa salah (nya), buang sahaja undi pos itu,"ujarnya ketika ditemui dirumah sewanya di Kampung Sentul patah, disini.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan 'Ayah Ku', kini adalah ahli Kelab Veteran Komando Ngeri Terengganu.
Beliau memulakan kariernya dalam anggota tentera memasuki tentera udara British pada tahun 1955 sehingga tahun 1960.
Diantara tahun 1960 hingga tahun 1962, Ayah Ku ditugaskan sebagai tenaga kerahan dalam Unit Keselamatan Kawasan (Areal Security Unit).
Kemudian beliau diserapkan kedalam anggota tentera Malaysia pada tahun 1963, sehinggalah bersara pada tahun 1976.
Ayah Ku juga mengesahkan dakwaan bahawa bukan anggota tentera yang mengundi bagi pihak diri mereka ketika belaku sesuatu pilihanraya.
"bukan (anggota tentera yang mengundi) saya dalam tenetra Malaysia tidak pernah mengundi, tak pernah mengundi, nak kata pangkah macamana, borang (apa-apa) pun saya tak tahu,
"orang lain (yang pangkah) kita tak tahu, macamana kita 'merendek' dalam hutan (nak pangkah macamana), pilihanraya pun kita tak tahu, apa dia pilihanraya?,"katanya.
Beliau menegaskan bahawa undi pos tidak boleh dianggap mewakili undi dan suara anggota tentera kerana jelas menurutnya. orang lain yang memangkah kertas undi tersebut.

15 ulasan:
Setuju memansuhkan undian pos, biarlah anggota tentera kita mengundi secara bebas sama seperti rakyat yang lain.
Pengundian pos ini tidak releven lagi kerana tidak cukup bersih dan adil.
Biar betul ni, pilihanraya pun tidak tahu. Kalau macam tu mansuhkan saja undi pos sudah tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini.
berapa punya banyak undi pos yang dipangkah oleh orang lain. SPR perlu meneliti kaedah2 mengundi sama masih boleh diguna pakai lagi atau tidak.
samada ia dimansuhkan atau tidak, pastikan sistem pengundian dilalukan dgn bersih.
tapi jika undi pos dimansuhkan, pihak tentera kena juga mengundi lebih awal.
Undi pos mengundang banyak kontroversi kerana ketelusan cara ia dijalankan. Lebih baik mansuhkan saja.
SPR kena perbaiki sistem mereka. Rakyat sekarang sudah bijak dan setiap pergerakan akan mereka perhatikan. Manipulasi undi adalah ditentang keras kerana ini sudah mencemarkan keadilan dan hak rakyat yang mengundi.
kalau betul begitu ceritanya, bagaimana ada kes pembangkang boleh menang undi pos?
kalau buat undi macam biasa, siapa mahu tanggung kos penerbangan anggota tentera? dan kalau betul anggota tentera tidak tahu apa itu pilihanraya, tentu mereka juga tidak tahu apa itu pembangkang. yang mereka tahu hanya kerajaan, dan undi juga hanya kepada kerajaan. jadi macam mana ada sejarah pembangkang boleh menang undi pos??
bagilah kelonggaran pada anggota tentera untuk balik mengundi di tempatnya sendiri. tak perlu guna undi pos.
kita lihat apa yang dapat dicapai oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam penambahbaikan pilihanraya dalam masa 6 bulan. mereka pasti akan mempertimbangkan semua 8 tuntutan Bersih termasuk undian pos ini.
diharapkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan memberikan hasil yang positif untuk menambahbaik sistem pilihanraya yang ada.
SPR juga perlu sentiasa berusaha untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan telus.
Jadi bagaimana dengan pihak yang dalam menjalankan tugas. Bagaimana mereka mahu menunaikan tanggungjawab mereka?
Catat Ulasan