MALAYSIA KINI
Beliau memberi contoh aduan yang dibuat oleh ahli parlimen Johor Baru Datuk Shahrir Samad yang melaporkan awal minggu ini, anak syarikat MAS, Firefly membatalkan beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Senai, termasuk ke Kuching, Surabaya, Bandung dan Bangkok, yang katanya adalah hasil daripada kerjasama itu.
"Menurut Shahrir, ribuan orang yang telah menempah penerbangan berkenaan sangat kecewa," kata Liew.
"Kerjasama MAS-Air Asia yang diumumkan pada 9 Ogos ini sesungguhnya membuktikan ia sesuatu yang dahsyat untuk pengguna Malaysia," kata Liew dalam satu kenyataan media.
Selepas berdepan dengan pembatalan penerbangan, Liew memberi amaran bahawa rakyat akan menghadapi kenaikkan harga tambang pula, hasil penggabungan syarikat itu yang dipersalahkannnya kepada syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan CIMB.
Sehubungan itu, Liew mahu kerjasama antara MAS dan AirAsia dibubarkan bagi membolehkan persaingan dapat diteruskan demi manfaat pengguna dan syarikat-syarikat penerbangan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan