| Harakahdaily |
|
Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata, UIAM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa yang sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea bukannya menekan ahli akademik yang berbeza pandangan terhadap parti memerintah. Katanya, kemungkinan keputusan menarik balik penggantungan ini disebabkan ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri serta orang awam. “Apa pun kita semua kesal dengan tindakkan UIAM sebelum ini yang menggunakan seksyen 15(1) terhadap pakar undang-undang itu dan tidak menggunakan pertimbangan yang baik serta mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda mahasiswa serta masyarakat. Katanya, jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan dibisukan. “Gamis menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati serta mempertahankan hak kebebasan akademik,” ujarnya lagi. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 25 Oktober 2011
Hormati, pertahan hak kebebasan akademik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan