HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Oktober 2011

JIHAD: Juga Dengan PENA-Dinsman

Kiriman MTDPASBENUT


SIMPANG RENGGAM- Istilah Jihad cukup sinonim dengan perjuangan. Disamping ia mempunyai roh dan semangat dakwah yang disaran sendiri oleh agama. Malah juga adalah tuntutan agama.

Namun berlainan pula bagi sesetengah kelompok yang bercita-cita mendaulatkan Islam dari aspek yang lain.

Bagi Dinsman, kolumnis tetap Akhbar Harakah menganggap perjuangan jihadnya adalah dengan pena. 'Nawaitu' yang dimiliki ini menjadi azimat bagi beliau untuk terus berkarya.

''Peranan penulis penting. Jihad melalui pena. Kalau tidak, saya tak larat nak tulis. (sebab) kita buat (tulis) kerana Allah dan kebenaran.'' ujarnya yang istiqomah menulis di ruang Wacana Budaya.

Dalam pada itu, adalah suatu yang sukar katanya untuk mencetak penulis `islamik` meskipun berlakunya lambakan golongan penulis di Tanah air ini.

Hal ini demikian ujarnya kerana tidak ramai yang sanggup menanggung beban dan menghadapi risiko untuk membawa kebenaran.

''Tidak susah nak jadi penulis. Tapi penulis Islamik yang berani kerana benar (susah). Tak pasti hanya sekitar 20 hingga 30 sahaja di Malaysia ini.

''Kalaulah Malaysia ada 80 orang penulis, menulis kerana kebenaran maka sejahteralah Malaysia.'' katanya lagi yang merupakan bekas pelajar Maahad Mahmod Alor Setar Kedah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada program Bengkel Penulisan Dewan Pemuda Johor di Dewan Utama Markas PAS Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

Pada majlis yang sama juga, peserta telah diberi pendedahan berkaitan penulisan daripada beberapa penulis tersohor tanah air dan pemilik portal seperti Sdr. Hasni Abbas, penulis di Malaysian Insider, Sdr. Kassim Ahmad, penulis Blogger, Taf4, Pembantu Web master Portal Selatan Online dan Editor blog Nusajaya Kini.

Beliau turut dilaporkan berkata, PAS sebuah Parti siasah dan dakwah perlukan pelbagai pendekatan bagi memastikan kesinambungan dakwah diteruskan agar muda diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Atas keyakinan itu beliau menegaskan bahawa berdakwah dalam bentuk kesenian wajar diketengahkan kerana tidak ramai yang berani menyahutnya.

''Bukan semua orang boleh buat (kesenian). Hanya orang-orang tertentu yang dianugerahkan Allah yang boleh gunakannya sebagai pendekatan dakwah. PAS kena ubah pendekatan dakwah. Bentuk-bentuk kesenian tak ramai yang nak sahut.'' terang beliau yang sudah lama berkarya sejak ditingkatan tiga lagi.

Sejumlah 20 peserta yang terdiri daripada golongan mahasiswa, guru dan aktivis parti di setiap Kawasan telah mengikuti Bengkel Penulisan selama sehari itu.

Hadir sama, Saudara Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Mohamad Khalid Salikan, Exco Dewan Pemuda PAS Johor."

Tiada ulasan: