HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jika BN menang kita akan muflis, bukan sebaliknya: Jui Meng beritahu TPM

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Malaysia akan muflis jika pembangkang menang pada pilihanraya umum, tetapi dengan pantas telah dicantas oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang mengatakan kemuflisan pada tahun 2019 disebabkan oleh pejabat ketuanya sendiri.

“Ia adalah dakwaan yang paling bodoh. Si kucing mengejar ekornya sendiri,” kata Naib Presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Sememangnya, pada bulan Mei 2010 Menteri di Pajabat Perdana Menteri Idris Jala pertama kali memeranjatkan negara dengan amaran bahawa Malaysia akan muflis sekiranya ia gagal mengurangkan subsidi dan hutang.

“Kita tidak mahu menjadi seperti Greece yang berhutang sebanyak EUR300 bilion. Defisit negara kita mencecah rekod tertinggi tahun lepas sebanyak RM47 bilion. Jika kerajaan berterusan dengan kadar 12 peratus per anum, Malaysia akan muflis pada tahun 2019 dengan jumlah hutang mencecah RM1,158 bilion,” lapor The Star atas kenyataan Idris pada 27 Mei tahun lepas.

Simpanan memori mudah lentur?

Tetapi kelihatannya TPM yang berumur 64 tahun itu mempunyai memori yang lebih singkat daripada kebanyakan orang.

Muhyiddin berkata pihak pembangkang hanya mampu memberi janji-janji kosong. Beliau menyatakan apabila Perdana Menteri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012, beliau telah berjanji untuk mengekalkan defisit negara pada 4.7 peratus daripada Gross Domestic Product (GDP). Tetapi ketua de-facto Pakatan Anwar Ibrahim memperlekehkan janji tersebut.

“Belanjawan bayangan yang dikeluarkan oleh pembangkang menunjukkan perbelanjaannya, ditujukan kepada rakyat, tetapi ia tidak mengambil kira defisit. Sekiranya defisit mencecah 10 peratus, maknanya negara tidak diurus dengan baik,” Bernama melaporkan kenyataan Muhyiddin sehari lepas.

Jui Meng menegur Muhyiddin, mendakwa MP Pagoh itu berkata karut.

“Jelas dinyatakan dalam belanjawan bayangan Pakatan Prosperity for All bahawa kita tidak mahu defisit yang melebihi daripada 4.4% daripada GDP negara,” kata Jui Meng.

“Tetapi jelaslah, Muhyiddin terlepas pandang. Malahan, Belanjawan 2012 Najib dikritik hebat di atas pengunjuran perkembangan ang terlalu tinggi tanpa idea atau maklumat terperinci tentang dari mana wang itu akan datang. Kebarangkalian yang ada hanyalah daripada pengenalan GST sejurus selepas PRU-13. Tetapi sebelum mengambil langkah yang drastik itu, kenapa tidak mengurangkan lemak dari dalam BN dahulu bermula dengan UMNO.”

Kurangkan lemak

Belanjawan bayangan Pakatan didedahkan pada hari Selasa, tiga hari sebelum pembentangan belanjawan hebat Najib yang berjumlah RM232 bilion yang dipenuhi dengan wang insentif.

Belanjawan bayangan 2012 berjumlah RM220 bilion, dan berencana memotong perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dan mengagihkan peruntukan tersebut kepada kementerian-kementerian lain sebagai sebahagian daripada rencana perapian birokrasi. Wang akan dibelanjakan ke atas rakyat, dengan menitik beratkan golongan yang memerlukan.

Ini termasuklah bonus RM1,000 untuk setiap warga emas berpendapatan kurang daripada RM18,000 setahun dan juga untuk suri-suri rumahtangga yang layak. Pakatan juga mengusulkan gaji minima sebanyak RM1,100, elaun tahunan sebanyak RM1,000 untuk golongan ibu untuk menggalakkan mereka bekerja dan mengenakan kembali cuai terhadap barang-barang mewah seperti beg-beg tangan dan pakaian berjenama.

Ia juga berjanji untuk memberikan bayaran “top-up” untuk keluarga yang benar-benar miskin untuk memastikan wang bulanan mereka mencapai RM550, meningkatkan bantuan kebajikan daripada RM300 kepada RM550 dan mengurangkan penggunaan khidmat konsultansi daripada kerajaan.

“Kita bermatlamat untuk mengurangkan defisit kepada paras yang wajar supaya perkhidmatan awam tidak terjejas,” kata Anwar kepada pemberita selepas pelancaran Belanjawan pada 4 Oktober.- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: