HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Oktober 2011

Kajian World Bank buktikan sistem pendidikan M’sia perlu reform

Maclean Patrick, Malaysia Chronicle


Untuk menjadi relevan, sistem pengajian tinggi di Malaysia harus bebas daripada kerajaan eksekutif. Perlu ada reform dan perubahan dalam dasar-dasar yang mentadbit institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Seperti sedia ada, campur tangan kerajaan dalam pengajian tinggi di Malaysia memaksa pelbagai universiti awam dibentuk ke dalam acuan yang sama. Acuan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan oleh itu, universiti-universiti tempatan tertakluk di bawah peraturan mereka. Dan peraturan-peraturan itu mungkin bercanggah dengan asas pendidikan.

Terlalu banyak peraturan untuk diri sendiri

Kerana inilah, Akta Universiti dan Kolej 1971 harus dimansuhkan dan uiversiti-universiti di Malaysia kembali kepada bentuk asal mereka – di mana minda boleh mempersoal, menyiasat dan membuahkan idea-idea baru.

Tetapi, ini sukar untuk dilakukan apabila kita mempunyai kerajaan yang taksub mengawal dan mengacu pemikiran anak-anak muda negara ini. Para graduan akan lulus dengan pemikiran politik yang dipra-pasang. Para graduan telah ditakdirkan untuk menolak pemiiran kritikal dan berpegang pada status quo. Dan ini mematikan apa-apa pemikiran kreatif dan inovatif.

Tiada pemikiran inovatif yang tercetus dengan berpegang pada status quo, sebaliknya kreatifiti dan inovasi sentiasa dicana dengan mencabar status quo. Sedih untuk dikatakan, ini merupakan suatu yang dibenci oleh kerajaan sekarang ini, dan tidak mahu untuk mereka ubah. Maka, dengan sekatan-sekatan seperti ini, universiti-universiti tempatan tidak mempunyai pilihan lain selain kekal akur dengan kriteria yang ditetapkan oleh beberapa badan-badan pendudukuan. Dan dengan berbuat begitu, universiti-universiti tempatan kita tidak dapat memenuhi kelayakan untuk semua.

Akur dan pembelajaran secara menghafal

Keperluan untuk reform dan membuang model berdasarkan kaum ditekankan dalam kajian World Bank yang membandingkan Malaysia dengan negara terdekatnya – Singapura. Kajian World Bank diketuai oleh dua orang cendekiawan – Philip Altbach dan Jamil Salmi – sementara pelbagai bab dikarang oleh ramai ahli-ahli akademik. Ia menunjukkan sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan pembelajaran secara menghafal, akur dan seragam berbanding pemikiran baru dan kreatif.

Penerbitan mereka – The Road to Academic Excellence: The Making of World-Class Research Universities, menyambung analisa tatakerja yang dibentangkan dalam The Challenge of Establishing World-Class universities (Salmi 2009), meneliti pengalaman terkini 11 universiti di 9 negara yang bergelut dengan cabaran-cabaran membina institusi kajian yang berjaya dalam keadaan rumit dan membentangkan pelajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman-pengalaman ini.

Penerbitan ini memnyebut secara spesifik impak pemilihan bahasa instruksi. Dan inilah yang telah diingatkan oleh ramai pakar. Pilihan inilah yang menjadi punca utama kenapa kualiti pengajian tinggi di Singapura dan Malaysia sangat berbeza dalam aspek kedudukan.

Langkah politik di Malaysia untuk menukar bahasa arahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu pada pertengahan 1970-an telah menghasilkan ramai pelajar-pelajar cemerlang Melayu terutamanya daripada kawasan pinggiran. Tetapi, ia juga menyebabkan kejatuhan dalam penggunaan Bahasa Inggeris, serta keperluan dan kemahuan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Peluang-peluang terlepas apabila pelajar enggan membaca penulisan Bahasa Inggeris, menjadikan Malaysia kehilangan dalam bidang kajian, penerbitan, teknologi, wacana saintifik, komunikasi elektronik dan sebagai alat untuk peningkatan pergerakan. Langkah memartabatkan Bahasa Melayu menyebabkan pelajar-pelajar Malaysia kurang upaya untuk bersaing secara global.

Fokus yang berlebihan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara telah menaikkan perhatian terhadap semua perkara yang berkaitan dengan Melayu, walaupun ini sudah dijangkakan. Tetapi melainkan ini dikawal, ini akan menyebabkan ketegangan dengan komuniti-komuniti lain yang hanya mahu menggunakan Bahasa Melayu sebagai cara berkomunikasi tanpa perlu mengambil tradisi Melayu yang lain.

Salmi, seorang ahli ekonomi Morocco yang bekerja dengan World Bank, juga menyebut “perkembangan politik yang mengganggu, daripada pembakaran gereja kepada merotan perempuan yang minum arak di tempat awam,” juga memberi pandangan buruk terhadap “imej masyarakat terbuka dan toleransi” Malaysia.

Membuang sekatan perkauman hanyalah mimpi

Kuota kemasukan berdasarkan kaum dan campur tangan politik dalam pengurusan universiti telah memberi kesan yang amat teruk ke atas pendidikan di Malaysia. Ini telah menyebabkan kejatuhan universiti-universiti seperti Universiti Malaya di kebayakan senarai kedudukan kolej-kolej.

Penulis dari World Bank juga menyatakan selain daripada sistem kuota pelajar, Dasar Ekonomi Baru juga memberi banyak biasiswa kepada golongan Bumiputera, program-program khusus untuk membantu kemasukan mereka ke institusi pengajian tinggi, dan penggunaan Bahasa Melayu di seluruh sistem pendidikan bermula pada tahun 1983.

Wujudnya keperluan untuk menukar semula pengajaran beberapa subjek di sekolah menengah kepada Bahasa Inggeris. Ini dibuktikan apabila Singapura memilih untuk mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan dan komunikasi, satu langkah yang menghasilkan kedudukan yang lebih bagus untuk universiti-universiti mereka dalam kedudukan global. Ingatlah, National University of Singapore berkedudukan lebih tinggi daripada 20 universiti tertinggi di Malaysia.

Maka, untuk menjadi berjaya dalam pendidikan, Malaysia harus membuang dasar-dasar yang bertujuan untuk meecah-belahkan masyarakat Malaysia dan melakasanakan langkah untuk mendidik generasi akan datang dengan bahasa yang dapat memastikan daya saing di pesada dunia.

Tetapi, melihat kepada kegemaran peribadi ahli-ahli politik yang mengacu dasar-dasar pendidikan negara ini, ini hanyalah mimpi; menenggelamkan lagi kebolehan Malaysia menjadi hentian pendidikan dunia. - Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: