Biar pun himpunan itu pada awalnya berhasar mengumpulkan sejuta umat Islam, jika dilihat pada temanya. Namun kemudian pihak penganjur menetapkan sasaran sekitar 100,000 orang sahaja dan apa yang disaksikan jelas menggambarkan Himpun yang diwar-warkan itu ternyata tidak berupaya menarik perhatian umat Islam sebanyak itu sebenarnya.
Apa yang jelas dapat dilihat, tidak sampai lima ribu orang Islam pun yang hadir dan itu pun mereka tidak menunggu dari awal hingga ke akhir program berkenaan.
Ramai yang meninggalkan majlis selepas menyaksikan persembahan daripada beberapa buah kumpulan nasyid terkenal tanahair.
Biarpun kehadiran tidak menepati sasaran, namun penganjur program terbabit menyifatkan acara mereka hari ini mendapat perhatian umum dan berjaya. Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid (foto).
Beliau berkata, perhimpunan itu adalah simbol kesatuan umat Islam terhadap isu-isu yang menyentuh aqidah walaupun ia tidak mencapai sasaran kehadiran. Malah katanya apa yang penting adalah mesej dan hasrat di sebalik acara itu, iaitu usaha-usaha untuk memurtadkan orang Islam, diketahui oleh masyarakat.
Sebahagian daripada peserta yang hadir ke Perhimpunan Sejuta Umat
Antara peserta wanita yang turut hadir memeriahkan progam tersebut

Lihat, mereka yang hadir ini pun tidak tutup aurat yang wajib dalam Islam
bagaimana mereka mahu selamatkan akidah umat itu sendiri gamaknya
"Jadi kalau ada yang mengatakan stadium itu suku sahaja penuh, pada kita bukan satu masalah. Kita tidak khuatir tentang jumlah orang yang hadir. Mereka boleh tak ramai tapi semangat dan mesej adalah sama. Samada sejuta, sepuluh ribu atau seribu," katanya.
Tambah mengejutkan walaupun penganjur mengatakan perhimpunan tersebut bukan untuk mencetuskan ketegangan di dalam masyarakat berbilang agama tetapi ada penceramah yang berucap kerap mengecam segilintir mubaligh Kristian yang yebarkan agama mereka kepada orang Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan