Oleh Fauzan Uda Ahmad
SHAH ALAM.- Skim Mikro Kredit Untuk Masyarakat Bandar (MiMBAR) yang dilancar pada 3 Mac lalu dengan dana permulaan RM20 juta telah Bbrjaya memberi pinjaman pinjaman mudah antara RM1,000 ke RM3,000 kepada hampir 1,200 peserta.
Skim ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah bagi mendapat pendapatan lebih baik untuk keluarga melalui bidang perniagaan berskala kecil atau sederhana.
Menurut Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, apa yag membanggakan kerajaan negeri, skim ini mampu mengelak atau mencegah golongan terdesak modal daripada bergantung kepada golongan peminjam tanpa lesen atau ah long.
“Saya bukan nak kata MiMBAR dapat menyelesaikan masalah ah long ini. Tetapi paling tidak kita telah mula mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor sekarang ini dengan program MiMBAR dan juga Skimsel kita memberikan satu tawaran di mana kos pembiayaan itu tidak membebankan, maknanya apa yang mereka inginkan, kalau mereka inginkan RM3 ribu mereka akan dapat RM3 ribu dan permohonan itu cara pembayaran kepada ah long itu sendiri.”
Menurut Rodziah, pihaknya mendapat banyak ucapan terima kasih terhadap langkah kerajaan negeri memperkenalkan MiMBAR yang dapat melepaskan mereka daripada terperangkap dengan pinjaman ah long.
“ Baru-baru ini kita menerima banyak ucapan terima kasih daripada peserta yang telah pun sedar bahawa kesilapan mereka meminjam ah long tersebut tetapi dengan adanya pinjaman MiMBAR ini kepada mereka, ada yang berjanji, atau mengatakan bahawa mereka tak akan lagi terjebak dengan ah long tersebut. Mereka kata bahawa dulu bukan tak ndak YB kadang-kadang ada masanya kos saran hidup ini membuat mereka yang walaupun sebenarnya nampak berniaga tetapi kais pagi makan pagi.”
Skim MiMBAR memberi pinjaman mudah kepada semua golongan masyarakat. Pinjaman antara RM1,000 ke RM3,000 itu sebagai modal atau tambahan modal sesuatu perniagaan yang dijalankan.
Pembayanan perlu diselesaikan dalam tempoh setahun dan selepas selesai pembayaran, permohonan baru boleh dipinta lagi.
Antara syarat untuk memperoleh mikro kredit MiMBAR ialah;
-Pendapatan seisi rumah kurang daripada:
RM1,500 tanpa anak,
RM2,500 berkahwin anak kurang daripada 4 orang
RM3,000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang
- Warga Malaysia berusia 21 - 60 tahun.
- Warga Selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun
- Memiliki aset tidak lebih daripada RM50,000 dalam segala bentuk
- Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar Negeri Selangor
- Mengikut syarat-syarat program yang telah ditentukan
- Tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, AIM dan TEKUN atau program mikrokredit seumpamanya
- Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui
- Wajib menghadiri latihan MiMBAR dan menyertai program susulan 'RANGKAIAN MiMBAR'
- Kawasan bandar yang tiada ketua kampung.
Bagi mendaftar atau mengetahui lebih lanjut skimMiMBAR boleh ke pejabat MiMBAR Selangor di A23, Pusat
Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300, Shah Alam. Atau telefon 03: 55413616 atau faks 03-55413617.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan