HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Oktober 2011

Muhyiddin Pengecut, Tak Layak Jadi PM - Guan Eng.

KL POS.COM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan seorang Pemimpin Pengecut dan tidak layak mengganti jawatan Perdana Menteri yang dipikul Datuk Seri Najib Tun Razak.

Itu kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Lim Guan Eng setelah Timbalan Presiden UMNO itu m mengulangi dakwaan blog kononnya anak lelaki beliau telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Guan Eng turut terkejut dan berasa mual dengan kenyataan Muhyiddin yang mengiyakan dakwaan blog-blog tersebut dan turut serta menyerang anaknya demi kepentingan politik.

“Jika Muhyiddin sangat membenci saya, beliau boleh melakukan yang terburuk untuk menghabiskan saya dari politik. Sebaliknya Muhyiddin tidak harus menyertai mereka yang pengecut untuk memilih anak saya berusia 16 tahun dan terus meletakkan anak saya dalam keadaan trauma,” kata beliau.

Sebelum ini, pelajar wanita yang didakwa telah dicabul lelaki yang didakwa anak kepada Setiausaha Agung DAP itu menafikan dakwaan yang dilemparkan blog-blog tersebut.

Tiada ulasan: