HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Oktober 2011

Murtad kerana umat Islam tidak bersatu

Dr Ibrahim Abu Shah berkata disebabkan kelemahan itu umat Islam mudah diganggu dan diambil kesempatan oleh anasir luar.



SHAH ALAM: Tokoh akademik Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah menyifatkan timbulnya isu murtad kerana kelemahan umat Islam sendiri yang tidak bersatu dan saling bermusuhan.

Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Melayu Kreatif Malaysia (Pemimpin) itu berkata, disebabkan kelemahan itu umat Islam mudah diganggu dan diambil kesempatan oleh anasir luar.

Isu seperti gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), dan isu kelas tuisyen di Jalan Klang Lama bukan perkara kecil.

“Kita berpecah. Kita bergaduh, tak sokong sesama sendiri walhal kita tahu tiada satu pun ayat al-Quran atau hadis yang membenarkan kita bermusuh dan bergaduh sesama sndiri,” katanya dihadapan kira-kira 10,000 penyokong Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) Kamaruzzaman Mohamad berkata perpecahan itu juga kadang kala hanya disebabkan hal remeh-temeh.

Kesannya, katanya umat Islam kini ‘dipijak’ dan pihak lain sudah berani mengemukakan tuntutan undang-undang Islam dihadkan.

“Kalau bersatu, kalau kuat nescaya orang tak berani usik kita. Himpunan diharap jadi satu titik mula perpaduan umat Islam atas nama akidah kerana penyatuan ini dapat selamatkan umat Islam dari apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata usaha memurtadkan orang Melayu sebenarnya telah berlaku 500 tahun lalu sejak zaman penjajahan lagi.

Malah sehingga hari ini ia dilakukan secara terang-terang kerana masyarakat Melayu lemah dan tidak bersatu.

Tiada ulasan: