Perdana Menteri Najib Razak mempertahankan bahawa pilihan raya negara kita adalah bersih dan adil, cuma sedikit "kelemahan" yang perlu diperbetulkan. Malah, Pengerusi Barisan Nasional ini mendakwa pembangkang mewujudkan BERSIH 2.0 selepas hilang momentum lantaran kekalahan dalam PRK kebelakangan ini.
"...Dia kata bila dia jadi calon lawan BN, di Bandar Tun Razak, undi pos dia dapat lebih daripada calon Barisan Nasional. Undi pos daripada tentera waktu itu, pembangkang dapat lebih daripada calon Barisan Nasional. Walaupun dia kalah, tapi (undi) tenteranya, yang kononnya kita boleh arahkan tentera ini, yang kononnya kita boleh manipulasi undi pos ini. Kononnyalah... Dia kata dia dapat undi yang lebih, sebab itulah dia kata itu adalah pembohongan untuk mengatakan pilihan raya di negara kita adalah penipuan," kata Najib.
Beliau berkata sedemikian dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58, pagi ini. Malah, beliau mengingatkan 1,807 orang perwakilan MCA bahawa punca perletakan jawatan Chandra Muzaffar adalah kerana menganggap negara akan ditimpa malapetaka (unmitigated disaster) seandainya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan