HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Oktober 2011

PAS Mereka-reka Hudud Yang Dibuat - Zulkifli.

KL POS.COM

KUALA LUMPUR- Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata Undang-undang Hudud yang diluluskan oleh kerajaan PAS Terengganu terdahulu bukanlah mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Beliau berkata demikian sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, semalam di Parlimen.

Menurutnya, Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir PAS telah lari dari ajaran Islam yang sebenar kerana membenarkan isteri diliwat suami.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini,” kata Zulkifli.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.

“Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurut Zulkifli, Dr Mahathir tidak menolak pelaksanaan hudud tetapi menolak hukum hudud yang dibuat oleh PAS berdasarkan kepentingan politik semata-mata.


Tiada ulasan: