HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Oktober 2011

Plot negara Kristian benar, tegas bekas ahli DAP


MALAYSIA KINI

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mengingatkan semua pihak agar tidak mengelirukan orang ramai dengan menafikan dakwaan ‘konspirasi Kristian’ yang didedahkannya awal tahun ini.

“Janganlah ada pihak mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa dalam menyiasat isu ini.

“Saya ada dalam majlis itu. Saya tahu apa yang berlaku,” katanya dipetik Utusan Malaysia dan disiarkan di akhbar milik Umno itu.

NONERazali (kiri) mengulas dakwaan ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengesahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tidak ada bukti bagi menyokong dakwaan wujud konspirasi oleh kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengakuan itu berdasarkan jawapan bertulis di Dewan Rakyat merujuk soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Kulim Bandar Bharu MP Zulkifli Nordin bahawa timbalan pendakwa raya mengklasifikan kes itu sebagai “tiada tindakan lanjut” selepas menerima kertas siasatan.

Kontroversi tercetus selepas Utusan pada 7 Mei lalu mendakwa beberapa paderi dan Ooi merancang menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Di sebalik jawapan yang diberikan, Hishammuddin mencabar menyaman Utusan jika yakin pendedahan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara ini adalah salah.

Tiada ulasan: