MALAYSIA KINI
Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa pihak polis bertindak terhadap penulis blog yang mendakwa anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun mencabul kehormatan rakan sekelas.
"Trauma yang dialami oleh anak ketua menteri adalah di luar imaginasi, dengan mengambil kira dakwaan yang dibuat terhadapnya," kata Karpal dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Justeru, kata Karpal, ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar perlu mengarahkan anggota dan pegawainya untuk membuka siasatan jenayah fitnah terhadap penulis blog itu.
"Perkara yang perlu ditumpukan ialah tindakan segera polis untuk menangani dakwaan liar terhadap remaja berusia 16 tahun itu yang dibuat tanpa mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan."
Karpal juga menuntut penulis blog yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Peguam kanan dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu juga menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campurtangan dalam perkara itu.
"Sebagai bapa, perdana menteri, tidak sangsi lagi, boleh membayangkan penderitaan yang dialami oleh ketua menteri Pulau Pinang. Dalam perkembangan yang sebegitu serius ini, tidak harus difikirkan mengenai pertimbangan fahaman politik."
Blog pro-Umno blog telah memuat-naikkan artikel mendakwa anak remaja Lim meramas buah dada rakan sekelasnya dan Lim telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memastikan perkara itu ditutup dan telah memindahkan anaknya ke sekolah lain.
Lim, Selasa lalu membidas penulis blog pro-Umno itu kerana cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.
Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.
Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.
Justeru, kata Karpal, ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar perlu mengarahkan anggota dan pegawainya untuk membuka siasatan jenayah fitnah terhadap penulis blog itu.
"Perkara yang perlu ditumpukan ialah tindakan segera polis untuk menangani dakwaan liar terhadap remaja berusia 16 tahun itu yang dibuat tanpa mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan."
Karpal juga menuntut penulis blog yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Peguam kanan dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu juga menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campurtangan dalam perkara itu.
"Sebagai bapa, perdana menteri, tidak sangsi lagi, boleh membayangkan penderitaan yang dialami oleh ketua menteri Pulau Pinang. Dalam perkembangan yang sebegitu serius ini, tidak harus difikirkan mengenai pertimbangan fahaman politik."
Lim, Selasa lalu membidas penulis blog pro-Umno itu kerana cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.
Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.
Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan