HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Oktober 2011

Profesor Dr Abdul Aziz Bari Digantung Tugasnya di UIA Akibat Derhaka Kepada Sultan Selangor?

Staff Berita Semasa


aziz bari Profesor Dr Abdul Aziz Bari Digantung Tugasnya di UIA Akibat Derhaka Kepada Sultan Selangor?


Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh Profesor Dr. Abdul Aziz Bari apabila menjadi pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun dah bertugas 22 tahun di UIA, itu bukan satu jaminan. Kalau anda telah dicop kurang ajar dan menderhaka kepada Sultan, riwayat kerjaya anda tidak akan ke mana….

Yang pastinya apabila Profesor Dr. Aziz Bari kena gantung tugas di UIA, ramai pelajar akan terjejas :

” Kesan kepada lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD)”

Selepas sahaja daripada kenyataan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang dikatakan mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah campur tangan dalam isu pemeriksaan gerej baru-baru ini, beliau terus dicop sebagai penderhaka termasuklah kritikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan keengganan Abdul Aziz meminta maaf kepada Sultan Selangor sebagai ‘kurang ajar.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menjelaskan dan memberi pendapat bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja-raja itu.

Kami petik kenyataan daripada Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA):

Antara perkara yang boleh mengancam akidah orang melayu ialah menganggap titah sultan atau raja itu mesti ditaati secara mutlak..tidak boleh derhaka..tidak mungkin salah..raja dan sultan diberikan kemaksuman sehingga titah mereka bagai al-Quran dan as-Sunnah yang tidak boleh dipertikaikan..ini seakan akidah yang menganggap raja adalah dewa..dalam Islam selain Allah dan rasulNya; boleh dikritik dan dipertikaikan..

Dan ini pula, respon Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan isu ini melalui dalam twitternya yang berbunyi :

aziz bari 2 Profesor Dr Abdul Aziz Bari Digantung Tugasnya di UIA Akibat Derhaka Kepada Sultan Selangor?

Kalau berbeza pendapat sikit pun dah kena gantung tugas walaupun pendapat yang diberikan itu ada kaitan dengan bidang Profesor Dr. Aziz Bari sendiri sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mungkin perlu difikirkan semula halatuju sebenar pendidikan di Malaysia. Di mana tokoh akademik seperti Profesor Dr. Aziz Bari dikunci terus mulutnya daripada memberikan pendapat. Sebab seorang ilmuwan dan tokoh akademik mesti ada keberanian untuk memberikan pendapat walaupun pahit untuk ditelan, bukan jadi “pak hangguk” sahaja.

Kalau begitulah standard tokoh akademik yang ada, alamat jahanamlah tahap pendidikan di Malaysia. Kalau benarlah pendapat Profesor Dr. Aziz Bari melanggar perlembagaan negara, berikan ruang kepadanya untuk mempertahan pendapatnya itu. Bukan terus dihukum begitu sahaja tanpa “dibicarakan”….

Oleh kerana itu, ‘hujah mesti dibalas dengan hujah’ bukannya ‘hujah dibalas dengan hukuman & kezaliman’

Yang berikan pendapat ini bukan pensyarah biasa tetapi “pakar perlembagaan’. Pelbagai tesis dan kajian yang boleh dah buat berkenaan perlembagaan di Malaysia. Jadi memang layaklah beliau memberikan pendapat dan pandangannya….

Takkanlah kapasiti beliau sebagai pakar perlembagaan negara tak boleh bagi pendapat tentang perlembagaan negara? Takkanlah nak komen pasal hal-hal perlembagaan walaupun pahit untuk sesetengah “kelompok mendengarnya” kena masuk politik baru “jadi halal”?

Tiada ulasan: