MALAYSIA KINI
Kerajaan perlu menilai keupayaan kewangannya dalam menimbang cadangan pemberian subsidi kepada pelajar miskin untuk membeli peralatan sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Cadangan itu memang baik, tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita harus menilai sama ada kerajaan mempunyai keupayaan atau tidak untuk melaksanakannya," katanya.
Katanya terpulanglah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan, sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau memperkenalkan untuk pelajar dengan bilangannya kira-kira lima hingga enam juta orang.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Bersama Pemimpin Penjawat Awam Malaysia-Singapura 2011, di kuala Lumpur, hari ini.
Muhyiddin bagaimanapun berpendapat bantuan seumpamanya mungkin boleh diberikan sebagai sekali saja, terutama sebelum sesi persekolahan bermula.
Semalam, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mencadangkan supaya kerajaan memberi subsidi RM100 seorang kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana sebagai menampung perbelanjaan pendidikan mereka.
Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA Kebangsaan ke-47 berkata bantuan itu wajar disalurkan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah yang layak.
Muhyiddin berkata pada sesi perbincangan Belanjawan baru-baru ini, pelbagai saranan diberikan bagi meringankan beban kehidupan rakyat, namun beliau yakin perdana menteri lebih bijak menilai dan mencari penyelesaian terbaik.
Terdahulu dalam ucapan beliau bertajuk "Malaysia-Singapore: The Way Forward", beliau berkata kepimpinan yang baik merupakan kunci utama kepada tadbir urus yang baik.
Sehubungan itu, beliau berkata adalah penting untuk mengenal pasti orang yang terbaik yang akan mempromosikan adaptasi institusi untuk kepentingan umum.
"Orang atau pemimpin ini mestilah mereka yang benar-benar memahami budaya ketelusan, akauntabiliti, etika perkhidmatan awam dan bersemangat," katanya. Bernama
"Cadangan itu memang baik, tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita harus menilai sama ada kerajaan mempunyai keupayaan atau tidak untuk melaksanakannya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Bersama Pemimpin Penjawat Awam Malaysia-Singapura 2011, di kuala Lumpur, hari ini.
Muhyiddin bagaimanapun berpendapat bantuan seumpamanya mungkin boleh diberikan sebagai sekali saja, terutama sebelum sesi persekolahan bermula.
Semalam, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mencadangkan supaya kerajaan memberi subsidi RM100 seorang kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana sebagai menampung perbelanjaan pendidikan mereka.
Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA Kebangsaan ke-47 berkata bantuan itu wajar disalurkan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah yang layak.
Muhyiddin berkata pada sesi perbincangan Belanjawan baru-baru ini, pelbagai saranan diberikan bagi meringankan beban kehidupan rakyat, namun beliau yakin perdana menteri lebih bijak menilai dan mencari penyelesaian terbaik.
Terdahulu dalam ucapan beliau bertajuk "Malaysia-Singapore: The Way Forward", beliau berkata kepimpinan yang baik merupakan kunci utama kepada tadbir urus yang baik.
Sehubungan itu, beliau berkata adalah penting untuk mengenal pasti orang yang terbaik yang akan mempromosikan adaptasi institusi untuk kepentingan umum.
"Orang atau pemimpin ini mestilah mereka yang benar-benar memahami budaya ketelusan, akauntabiliti, etika perkhidmatan awam dan bersemangat," katanya. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan