Koh Jun LinRestoran yang membekalkan Menu Rakyat 1Malaysia tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan kecuali publisiti bagi menjayakan program itu.
Walaupun harga makanan yang ditawarkan adalah rendah, Idris memberitahu Malaysiakini restorannya masih mampu meraih keuntungan harian sekitar RM300.
Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Restoran Ukhwah bagi memberi publisiti berhubung hidangan kos rendah yang ditawarkan.
Menjelaskan harga rendah yang ditawarkan, pengurus perhubungan awam Koperasi Ukhwah yang memiliki rangkaian restoran itu berkata mereka membeli barangan runcit secara langsung daripada pasaran borong.
"Biasanya kita pergi terus ke pasar borong Selayang, (yang) lebih murah daripada pasar biasa," kata Nikmatul Azlan Mohd Said.
Beliau juga menambah bahawa Najib mengambil seketul ayam tambahan.
"Mungkin surat khabar membuat kesilapan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan