KOTA BARU— Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.
Presidennya Datuk Zaid Ibrahim berkata Kita boleh bekerjasama dengan sebarang parti, asalkan untuk rakyat.
“Walaupun Kita tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.
“Apa pun, Kita tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun,” katanya dipetik Bernama Online.
Zaid (gambar) berkata Kita juga sudah bersedia menyertai pilihan raya umum walaupun belum menyiapkan senarai calon yang akan bertanding.
Beliau berharap calon Kita dapat diterima baik terutama di Kelantan, bagi memberi ruang membetulkan kesilapan PAS yang gagal membangunkan negeri itu sejak mentadbir pada 1990.
“Kita mahu melonjakkan kembali ekonomi Kelantan agar negeri ini kembali kukuh seperti dahulu dengan soal-soal rakyat seperti masalah air dan pekerjaan diberi keutamaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan