HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 November 2011

PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?

Staff Berita Semasa

projek ic sabah 4 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?


Sebelum ini cukup kerap projek IC Sabah ini didedahkan kepada umum dan dibawa untuk pengadilan, tetapi sehingga ke hari masalah ini tidak mendapat “perhatian” daripada pihak berkuasa. Kenapa?

Pembongkaran projek IC Sabah dibongkarkan sekali lagi semasa parti-part politik memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili iaitu Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Projek IC Sabah dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, untuk tujuan mengubah demografi Sabah oleh parti pemerintah

projek ic sabah 5 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?

Antara data yang menarik perhatian kami semasa berlangsung keterangan tersebut. Kami sertakan contoh mudah untuk difahami :

  • Penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi…….
  • Bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000
  • Secara logiknya jika 80 % daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000. Mengapa lebih? Mengapa ada 150,000?

projek ic sabah 6 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?

Bagaimana kita sebagai rakyat Semenanjung Malaysia merasa tidak senang ataupun marah dengan kebanjiran warga asing di Malaysia, mungkin begitulah perasaan rakyat-rakyat di Sabah selama ini berhadapan dengan masalah kebanjiran warga asing yang berjaya mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia dengan begitu mudah sekali jika memang ada kebenaran disebalik skandal Projek IC Sabah ini.

Projek IC Sabah : Wujudkan Siasatan Bebas!!

Jika tidak betul buatlah satu siasatan bebas, tidak cukup jika hanya menidakkan sahaja. Bukti sudah ada banyak dikemukan oleh parti-parti di Sabah, NGO-ngo dari Sabah mahupun rakyat Sabah sendiri, terpulang samada mahu buat siasatan yang telus atau membiarkan sahaja. Berani kerana benar, takut kerana salah. Buat atau tidak siasatan yang bebas, rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah amnya akan terus memerhati & menilainya ketika ini.

Persoalannya, adakah Projek IC Sabah telah “berjangkit & merebak” pula di Semenanjung Malaysia seperti yang berlaku di Hulu Selangor sebelum ini?

P/S : Walaubagaimanapun, jika ada Sabahan di sini, sila kongsikan pendapat. Jika tidak ada katakan tidak, tetapi jika benar berlakunya Projek IC Sabah ini sila kongsikan apa sebenarnya yang berlaku di anda?

1 ulasan:

Adam Tawau berkata...

Assalamualaikum pembaca,

Saya merupakan seorang anak jati Tawau. Kemarahan penduduk Tawau terhadap kehadiran bangsa asing telah lama berlaku. Sebelum ini, ada beberapa laman blog telah mendedahkan mengenai kebanjiran masyarakat Bugis Sulawesi di kawasan Tawau. Ada dikalangan mereka menetap dan mendirikan rumah di kwsn setinggan haram yg akhirnya mendapat pengiktirafan yg pd asalnya, mereka tidak punyai sebarang tanah pusaka pun. Namun begitu, krn berjaya memperolehi MyKad, mereka mendapat hak sama spt warganegara dan bumiputra lain dlm pemilikan tanah. Pampasan kediaman juga diberikan apabila tanah setinggan dirobohkan. Mereka juga masih punyai saudara mara terdekat di Sulawesi dan sering bertandang ke sana. Selain bangsa Bugis Sulawesi, terdapat juga org2 Timor Leste, org2 Filipina yg mendapat hak penduduk tetap walaupn kemasukan mereka itu secara tidak sah.

Jika anda lihat di kwsn Klang yg mna dibanjiri dgn org2 Sabah, kebanyakkan mereka itu adalah anak2 kelahiran Bugis Sulawesi. Cara kehidupan, berpakaian, bercakap mereka tak ubah seperti cara org2 Indonesia. Cuma mereka berbeza kerana mereka memperkenalkan diri mereka sbg org Sabah dan punyai MyKad. Kebanjiran mereka dlm kelompok2 ttu serta sikap yg berpuak2 memburukkan imej negeri Sabah di mata org2 di Semenanjung sedangkan sikap itu terbawa2 oleh cara bertindak dan berfikir org2 Seberang.

Selain itu, kehadiran mereka di kwsn Tawau telah memonopoli sebahagian besar perniagaan serta tanah milikan atas dasar kesatuan Bugis yg mendapat pengiktirafan UMNO. Tanyalah org2 Tawau, mereka tahu apa yg berlaku namun sejak dulu lg mereka tidak terdedah dgn media utk menceritakannya. Jika anda tanya dgn keturunan Sulawesi ini, pasti anda mendapat gambaran berbeza.