HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 November 2011

Najib: Sanggup pecah penjara, kenyataan politik

MALAYSIA KINI

Kenyataan pembangkang yang mahu memecahkan penjara sekiranya pemimpin mereka dipenjarakan hanyalah kenyataan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Negara kita ada undang-undang. Siapa boleh pecah penjara?" katanya pada sidang media selepas merasmikan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Jumaat lalu, bahawa parti itu akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, bagi membebaskan Ketua Pembangkang itu.

Najib yang juga presiden Umno berkata semua pihak termasuk pembangkang tertakluk kepada undang-undang negara ini.

"Kita ada undang-undang, kita mesti hormati undang-undang. Kalau tak hormati undang-undang jadi huru-haralah negara kita," katanya.

Perbicaraan kes liwat Anwar kini berada pada peringkat akhir dan Mahkamah Tinggi dijadual mendengar penggulungan akhir hujah pembelaan pada 8 dan 9 Disember ini.- Bernama

Tiada ulasan: