HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 November 2011

Projek IC 'cemari daftar pemilih' di Sabah

Nigel Aw
Walaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih.

Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno.

suhakam roundtable kk sabah 020806 dr chong eng leongAhli jawatankuasa PKR, Dr Chong Eng Leong, berkata, selain
menubuhkan RCI, mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula.

"Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja - keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini," kata bekas ahli politik PBS itu.

Chong adalah antara mereka yang mendedahkan Projek IC pada 2006, semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti di Sabah.

Sebagai contoh, Chong berkata penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.

"Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000... Mengapa ada 150,000?"

Sambil membangkitkan kadar pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, beliau berkata, jika ia mengikut kadar pertumbuhan Sarawak, negeri itu kini sepatutnya ada seramai 1.617 juta penduduk dan bukannya 2.354 juta pada 2010.

"Penduduk kami adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya."

40 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap isu Projek IC ini akan ditangani oleh JPN sebelum PRU-13 diadakan.

Mohd Ishak berkata...

SPR dan JPN ada tanggungjawab untuk memastikan bahawa pendaftaran pengundi adalah tepat dan bersih.

Tanpa Nama berkata...

rakyat tulen sabah sudah bosan dengan penafian dan ketidak telusan kementerian dalam negeri mengenai isu projek IC..

Tanpa Nama berkata...

dicadangkan kepada PM malaysia akan datang selepas PRU13, agar memilih di kalangan pemimpin sabah untuk dilantik sebagai menteri dalam negeri.

Tanpa Nama berkata...

RCI wajib ditubuhkan sebelum PRU13.

Jason berkata...

with the ongoing project ic issue, there is no way that there is going to be clean and fair election being conducted.

Jason berkata...

the gov must consider to set up RCI in sabah.

Tiadaname berkata...

Selagi projek IC tidak ditanggani, tidak mungkin PRU dijalamn dengan bersih dan amanah.

Tiadaname berkata...

Lihat jumlah PATI diseluruh Sabah, golongan ini yang akan masuk dewan undi nanti.

Tiadaname berkata...

Tubuh RCI untuk membuat siasatan lanjut. Pilihanraya harus dijalankan dengan bersih, terbuka dan adil,. Teknik kotor harus dimansuhkan.

Tiadaname berkata...

JPN memeri identiti kepada golongan warga asing sebagai warganegara. SPR memberi hak untuk mengundi. Apa lagi yang boleh kami buat?

Tiadaname berkata...

penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.

Pertambahan luar biasa ini jelas membuktikan kewujudan projek ic. Kerajaan tidak harus menafikannya.

Paquin berkata...

Peningkatan penduduk di Sabah secara mendadak memang mencurigakan.

Paquin berkata...

Pati adalah isu yang sudah lama berkarat dan entah bila baru dapat diselesaikan. Justeru RCI memang patut dilaksanakan.

Paquin berkata...

Kita takkan tahu keberkesanan RCI jika tak mencubanya dulu. Kalau asyik tunggu dan lihat, rasanya susah juga.

Paquin berkata...

Sebolehnya RCI ditubuhkan sebelum PRU13. Jadi kemenangan mana2 pihak nanti tak juga dipertikaikan lagi. hehe

Paquin berkata...

Jika RCI tak dilaksanakan pastikan alternatif lain digerakkan. At least dapat juga cover ketegangan isu pati di Sabah.

Kris Jr berkata...

mendapat ic/mykad secara meragukan harus disiasat. Penafian hanya akan membuat rakyat Sabah muak dan inginkan keadilan dalam hal ni.

Tanpa Nama berkata...

mengapakah kerajaan tidak tubuhkan sahaja RCI? haruskah keadaan ini berterusan tanpa penyelesaian?

Tanpa Nama berkata...

kerajaan negeri/pusat haruslah buktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI yang dihadapi di Sabah

Tanpa Nama berkata...

dan juga isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13

Tanpa Nama berkata...

janganlah sampai isu2 di atas tidak dapat dikawal barulah kerajaan kelam-kabut hendak bertindak

Tanpa Nama berkata...

sudah pasti, masalah lain akan timbul dan berturutan seperti masalah sosio-ekonomi di negeri ini

Tanpa Nama berkata...

jgn biarkan wujud projek IC.

zam berkata...

sesuatu isu yang timbul harus diselesaikan dan diharapkan jawatankuasa yang ditubuhkan akan mampu menambahbaik sistem pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

lebih banyak pihak yang bersuara berkenaan dengan isu ini lebih berat tekanan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan persekutuan..

Tanpa Nama berkata...

saya harap PSC dapat mengambil tindakan membersihkan proses pilihanraya sebelum PRU bermula.. banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan bagi mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil sekaligus memuaskan semua pihak..

Caldina berkata...

Diharapkan PSC mengambil serius isu yang diutarakan ini dan dapat mengambil tindakan yang efektif untuk menanganinya. Projek ic ini telah mencemari hak sebenar rakyat jati Sabah.

Caldina berkata...

Rakyat Sabah mahu dalang di sebalik projek ic dikemukan ke muka pengadilan. Gara2 projek ic ini, rakyat Sabah yang menderita.

Tanpa Nama berkata...

memang perlu tubuhkan SSD untuk mengetahui punca sebenar perubahan demografi secara mendadak ini.

Tanpa Nama berkata...

kita tidak hairan, bila ramai PATI masuk di Sabah mereka akan beranak pinak dan menyumbang kepada pertambahan penduduk. yang lebih menakutkan bila mereka mengatasi penduduk tempatan dan menguasai apa yang sebenarnya menjadi milik penduduk tempatan.

POP berkata...

Janganlah menjadi lebih teruk.

onong berkata...

PTI memang harus diusir keluar.

unknown berkata...

What the best option after this?

Tanpa Nama berkata...

Hope that the project IC issue will be resolved by the JPN and SPR before the next GE is held.

Tanpa Nama berkata...

Make sure the voting process is fair and clean without phantom voters.

Bujang Senang berkata...

Perkara ini perlulah kita ambil serius. Jangan biarkan perkara ini berterusan.

Bujang Senang berkata...

Kerajaan Persekutuan perlulah mencari bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Jika RCI tidak dapat ditubuhkan maka berikan cadangan yang lain untuk menangani PATI dan IC projek ini.

Tanpa Nama berkata...

isu PATI harus diselesaikan sebelum PRU13...jalan terbaik setakat ini adalah dengan menubuhkan RCi..

Tanpa Nama berkata...

dan diharapkan PSC akan dapat memberikan input untuk memperbaiki sistem pilihanraya kita...