HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 November 2011

Wakil OKU gesa tambang Percuma

Oleh: Masdar Wahid

JOHOR BAHRU : Wakil Orang kelainan Upaya (OKU), Isaiah Jacob mencadangkan agar golongan itu memperoleh faedah tambang percuma jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Beliau yang juga seorang OKU berkata, pertimbangan itu penting kerana ia membantu OKU yang sebahagian besarnya tiada pendapatan tetap di negara ini.

“Saya juga mencadangkan agar Pakatan Rakyat menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU jika menang dengan mempertimbang pekerjaan yang sesuai dengan bakat kami dan bukan semata-mata memenuhi kuota sebagaimana di amal di jabatan kerajaan tertentu.

“Sebab itu, saya optimis bahawa 200 peratus Pakatan Rakyat pasti membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya berucap dalam slot khas untuk OKU pada Kongres KEADILAN yang berlangsung hari kedua hari ini.

Beliau dalam pada itu juga menggesa agar pinjaman perumahan istimewa disediakan bagi membantu mereka

Menurutnya, jika OKU diberi peluang, golongan itu mampu membuktikan kerja lebih baik berbanding bukan OKU.

Katanya, beliau yang juga anggota KEADILAN Cabang Batu membuktikan perkara itu apabila dilantik sebagai salah seorang pemimpin masyarakat di kawasan yang didiaminya.

Tiada ulasan: