MALAYSIA KINI
Naib ketua pemuda PKR, Azmizam Zaman Huri berkata pemimpin parti itu tidak sepatutnya melayan jatawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya kerana jawatankuasa itu dijangka tidak akan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH.Sebaliknya, beliau menuntut supaya satu lagi perhimpunan, BERSIH 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.
"Saya cadangkan jangan layan PSC, kita dah tahu keputusannya, mereka tak boleh layan tuntutan BERSIH.
"Kongres (AMK) dah putuskan, jalan terbaik untuk ambil alih Putrajaya untuk sedarkan pemimpin Umno-BN, suka atau tidak kita kena adakan juga perhimpunan BERSIH 3.0."
Katanya, PSC hanya akan melengahkan lapan tuntutan BERSIH untuk pilihan raya bersih dan adil dan keputusan itu hanya "akan sakitkan hati kita."
Beliau juga mendakwa, BN juga semakin giat mendaftar warga asing untuk diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka dijadikan pengundi dalam pilihan raya akan datang.
"Jangan tunggu Februari, kalau boleh bulan depan kita buat (perhimpunan). Jangan buang masa," katanya lagi dalam ucapan berapi-api di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini.
Jika tidak, beliau mendakwa, lagi banyak warga asing dapat kad pengenalan melalui program 6P.
Tambahnya, satu lagi perhimpunan akan dijalankan di Stadium Shah Alam pada 4 Disember untuk menghantar mesej supaya pilihan raya tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH ditunaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan