HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 November 2011

Perangai wakil rakyat `SMS’ Pakatan

Bagaimanapun, kata wakil Kedah, apabila orang SMS, YB tidak balas.



PETALING JAYA: Wakil Kedah Azman Ismail hari ini mendedahkan ada pemimpin PKR negeri itu yang berhubung dengan orang ramai melalui telefon dan khidmat SMS sahaja.

Bagaimanapun, katanya, apabila orang ramai menghantar SMS dan menelefon wakil rakyat berkenaan, wakil rakyat berkenaan tidak menjawab.

“YB selalu SMS, tidak boleh cakap. Di rumah orang mati pun, dia SMS. Tetapi orang telefon, YB tidak jawab, orang SMS YB tidak balas.

“Telefon pegawai YB tidak jawab, telefon pejabat tidak dapat. Bagaimana rakyat nak berhubung dengan pemimpin kita. Ciri-ciri ini ada dalam dalam pimpinan Kedah.,” katanya ketika membahaskan usul prestasi kerajaan Pakatan Rakyat sempena kongres nasional PKR di Pulai, Johor hari ini.

Dengan nada sinis, Azman berkata, “Kalau ada cita-cita menawan Putrajaya, kita kena belajar dulu urus SMS dan telefon”.

Azman juga mendakwa wakil rakyat dan pimpinan PKR masih tidak ada kemahiran mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Pen Parker, kain pelikat

Katanya, wakil rakyat dan pimpinan kena uruskan hubungan dengan orang ramai supaya tidak mendapat komplen dari mereka.

“Terima kasih dengan cara yang diingati. Beri pen parker ke atau kain pelikat, orang dah tak buat lagi,” tambahnya.

Menurut Azman lagi, pemimpin perlu belajar menerima masalah besar kerana terlalu banyak sangat komen mengenai mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, tidak ada skandal yang membabitkan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah.

“Kalau pemimpin BN Kedah, kita sebut tahu lah,” kata beliau.

Azman juga menegur sikap pemimpin yang menghadiri majlis anjuran parti sendiri.

Tiada ulasan: