Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.
Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.
"Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR.
"Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loje dalam kenyataannya semalam.
Katanya, ucapan Shamsul itu boleh digunakan oleh komponen BN bagi menuduh PKR sebagai parti rasis.
Loke bagaimanapun menegaskan bahawa ucapan Shamsul tidak melambangkan pendirian bersama Pakatan yang menuruti prinsip meritokrasi.
Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Shamsul tidak memberi komitmen jelas sama ada pergerakan itu meminda perlembagaan bagi usaha tersebut.[Baca berita penuh]
MCA: Sebar prasangka kaum
Sementara itu, Pemuda MCA juga dalam kenyaaannya hari ini berkongsi nada yang sama dengan DAP.
"Dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia, kenyataan Shamsul akan menyebarkan prasangka kaum.
"Kenyataan seperti ini, yang keluar dari mulut ketua Pemuda PKR amat mengejutkan," kata Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen.
Dalam kenyataannya hari ini, Chai berkata, kenyataan sebegitu untuk tujuan politik tidak harus diucapkan dengan mudah kerana semua parti politik bertanggungjawan memastikan keharmonian kaum dan kestabilan sosial.
"Walaupun belum mentadbir kerajaan persekutuan, mereka sudah membuat kenyataan perkauman yang tebal; oleh itu saya rasa Shamsul hanya mahu menggunakan peluang dalam kongres PKR untuk muncul sebagai wira di media," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan