HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 November 2011

Azizah: Undilah PKR dan PKR akan tunaikan janji RM4k pendapatan minimum seisi

Maria Begum, Malaysia Chronicle

Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail telah merencanakan beberapa strategi untuk membaikpulih taraf hidup rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya sedang berhadapan dengan kenaikan harga barang dan menjanjikan masa depan yang lebih baik sekiranya mereka mengundi parti beliau pada pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan.

Wan Azizah bukan sahaja telah mengumumkan bahawa PKR sudahpun menyiapkan pelan untuk meningkatkan pendapatan seisi rumah minimum kepada RM 4000 dalam masa 5 tahun dan memperkenalkan gaji minima RM1,100 sebulan. Beliau juga memberi perkhabaran gembira buat peneroka Felda yang berjumlah lebih kurang 2 juta dan membentuk pengundi utama bagi Umno.

“Strategi utama kita adalah meningkatkan pendapatan minima RM4000 untuk seisi rumah dalam masa 5 tahun. Parti keadilan merupaka parti pertama yang mempunyai target ini. Anjakan minda sebegini merupakan senjata yang paling digeruni oleh pemerintah elit sedia ada kerana mereka tahu yang ini akan memecahkan strategi ekonomi berasaskan kaum mereka.” Kata Wan Azizah dengan gembira semasa ucapan beliau mengenai polisi di Pulai Springs, Johor pada Sabtu lalu.

Untuk mencapai RM4000 sebulan, PKR akan turut membentangkan reformasi pendidikan , ekonomi dan sumber manusia supaya setiap keluarga akan mempunyai lebih ramai yang bekerja.” Tambah beliau.

Lebih daripada 2000 delegasi termasuk orang penting Pakatan Rakyat seperti Hadi Awang dan Lim Kit Siang menghadiri konferens tersebut. Parti itu telah memilih Johor, kubu kuat Umno dan MCA untuk menyebarkan mesej kuat bahawa ia sudah bersedia untuk menggempur kawasan itu.

Ini telah pun mengundang kebimbangan untuk kedua-dua parti komponen BN tersebut dan beberapa orang rakyat Johor terkejut apabila mendapat tahu bahawa Polis sudah pun membatalkan permit ceramah-ceramah PKR. Walaubagaimanapun, Timbalan presiden PKR, Azmin Ali telah menegaskan bahawa perjumpaan dalam skala lebih kecil akan tetap diadakan.

Kembali kepada peneroka Felda

Mungkin pelan cadangan untuk Felda yang akan menimbulkan kekecohan dalam Umno dan pengkritik menjangka satu tindakan refleks daripada Perdana Menteri Najib Tun Razak yang secara terus menjaga Felda.

PKR bercadang untuk mengembalikan Felda, operator perladangan terbesar dunia kepada para peneroka yang pertama membajak tanah tersebut sewaktu agensi itu pertama kali ditubuhkan pada tahun 1956.

Beberapa dekad ini, para peneroka telah menikmati pusingan antara keuntungan dan kerugian. Walaubagaimanapun, sebahagian besar mereka masih lagi hidup dalam kemiskinan dan termasuk dalam golongan berpendapatan rendah di negara ini. Berita terkini mengenai Felda Global Ventures yang kehilangan wang dalam pelaburan luar negara dan terpaksa meminjam RM 6 billion daripada EPF telah mencetuskan kebimbangan para petani.

Terdapat juga kebimbangan mengenai Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mahu menyenaraikan Felda Global di pasaran tempatan. Ramai yang berpendapat bahawa ini mungkin salah satu helah untuk menyembunyikan aset Felda dan meningkatkan wang untuk menutup penyelewengan dalam pengurusan dan kerugian dalam pelaburan.

Calon-calon lebih baik dalam PRU 13

Seperti yang dijangka, Azizah juga telah memfokus kepada pilihan raya umum ke 13 dan berjanji untuk meletakkan calon-calon yang lebih baik daripada tahun 2008 semasa mereka memenangi kebanyakkan kerusi dan Pakatan Rakyat hanya kalah beberapa kerusi kepada Umno dan sekutunya.

Sungguhpun bertubi-tubi diserang oleh musuh politik, PKR masih dapat bertahan dan telah pun bangkit lebih kuat daripada 2010 semasa parti tersebut diasak oleh Umno dengan pelbagai tuduhan fitnah untuk menjatuhkan Wan Azizah dan suaminya, ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

PKR merupakan parti pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang memegang satu ahli satu kawasan mengundi. Tidak hairanlah ini telah mengundang cemburu dan pelbagai usaha untuk merosakkan pilihanraya. Walaubagaimanapun, Azizah dan Majlis kepimpinan diperingkat kebangsaan telah berjaya mengemudi parti itu sewaktu kesukaran itu berlaku.

PKR pada hari ini adalah sangat berbeza berbanding dengan beberapa tahun lalu dan ini terbukti dengan senyuman tenang Azizah. Parti beliau telah berjaya dalam membongkar skandal RM250 juta NFC membabitkan beberapa orang pemimpin tertinggi Umno.

“Kami beri jaminan bahawa kami akan berbincang dengan bahagian-bahagian dan akar umbi kami untuk memilih calon.Mereka haruslah berkelayakkan, berprinsip dan tidak akan dapat dibeli dengan wang berjuta ringgit oleh lawan.” Kata Azizah.

“Kami bersyukur kerana yang ingin lompat parti dan mengkhianati parti telah pun dibongkarkan dari awal lagi. Sekarang, mereka telahpun tanpa segan silu menjadi alat dalam rasuah.”

Terdapat kekurangan dari segi ahli yang mempunyai bakat dan karisma dalam parti PKR yang memodelkan dirinya sebagai parti yang berbilang bangsa. Ketegasan Anwar dan Azizah untuk memperjuangkan moral tinggi telah memdapatkan parti tersebut penghormatan tinggi terutamanya selepas bangkit daripada kejatuhan pada 2010 dan sekarang, bintangnya bersinar kembali. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: