MALAYSIA KINI
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memberi jaminan bahawa parti itu akan mengemukakan calon yang lebih amanah, berkelayakan dan setia kepada perjuangan parti untuk mengelakkan individu berkenaan melompat parti selepas memenangi pilihan raya.
Katanya, parti akan mengadakan rundingan dengan pemimpin cabang dan akar umbi terlebih dahulu untuk mengelakkan insiden berkenaan berulang selepas pilihan raya akan datang.
"(Calon) harus dari kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor Bahru hari ini.
PKR juga tidak akan bertolak ansur dengan bakal calon yang berlagak seperti "gunting dalam lipatan", katanya lagi yang merujuk kepada wakil rakyat yang tidak lagi bersama parti itu.
Antaranya ialah dua orang ahli parlimennya, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan juga Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang kini giat menyerang PKR.
"Mujurlah mereka ini terdedah awal dan bertindak melompat mengkhianati amanah perjuangan. Kini mereka tanpa segan silu menjadi alat penguasa rasuah.
"Marilah kita sama-sama mengulangi iltizam serta berpegang dan patuh kepada prinsip perjuangan; disiplin dan adab berjamaah dan tumpukan kepada cita-cita luhur perjuangan kita menegak keadilan," katanya lagi.
Tambahnya, ujian PKR pada waktu ini adalah untuk memenangi hati rakyat dalam keterbatasan pilihan raya, kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan keengganan pemimpin Umno dan BN untuk melaksanakan poilihan raya bebas dan adil.
"Sekiranya kita dapat menembus malah menumpas kubu UMNO-BN dengan segala kekurangan dan keterbatasan yang ada, kita pasti berupaya mencatat keputusan cemerlang sehingga ke Putrajaya, Insya-Allah," katanya.
Turut hadir dalam kongres hari ini ialah pemimpin kanan Pakatan Rakyat – penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juga presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan