HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 November 2011

Perkukuh gerak kerja selepas kongres- Fuziah

KEADILAN DAILY

JOHOR BAHRU : Anggota KEADILAN perlu memperkukuhkan kualiti gerak kerja sebaik Kongres KEADILAN Nasional ke 8 berakhir hari ini, kata Naib Presidennya, Fuziah Salleh.

Ini kerana katanya, usaha untuk menang dalam pilihan raya bukannya semudah berucap di pentas kongres parti.

“Menang dalam pilihanraya bukan semata-mata berucap dengan nada semangat dalam kongres tahunan tetapi politik dan pilihan raya juga berkaitan nombor,” katanya ketika sesi penggulungan dan ucapan penangguhan hari ini.

Beliau memberi contoh sejak Pakatan Rakyat menang di empat negeri, sekurangnya 500,000 nama pengundi dipindahkan ke kawasan lain tanpa pengetahun pengundi itu.

Semua itu katanya dilaksana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melalui konspirasi bersama agensi kerajaan yang lain.

“Umno BN tidak yakin untuk menang, maka mereka memperalat segala jentera termasuk daftar pemilih,”

“Maka sebab itu, bila dah sampai di cabang masing-masing, perwakilan tolong bentuk team I.T, bentuk kumpulan media untuk sebar penerangan,

“Kalau dah ada, perkukuhkan dan cari pengundi di kawasan masing-masing yang disertai dengan disiplin dan mantapkan hubungan mesra dengan masyarakat setempat,” katanya.

Tiada ulasan: