HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 November 2011

Simulasi pilihanraya @ Dun Sura : BN guna sekolah


DUN SURA - Penyalahgunaan premis awam dan kerajaan sebagai tempat kegiatan parti sudah menjadi kemestian buat Umno/BN dalam meraih undi rakyat.Simulasi pilihanraya Umno/BN seluruh negeri Terengganu pada hari ini terang-terangan menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat pembuangan undi.

Hasil tinjauan Team IT Pemuda Dun Sura di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura pagi ini mendapati Umno/BN Dun Sura turut menggunakan sekolah sebagai tempat pembuangan undi pilihanraya olok-olok mereka.

Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

Antara sekolah-sekolah yang menjadi mangsa adalah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun,Sekolah Kebangsaan Kuala
Dungun,Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,Sekolah Rendah Sultan Omar dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa.

Kerja-kerja membuka markaz giat dijalankan dua hari sebelum itu dengan menaikkan bendera dan poster BN.Tinjauan yang dibuat juga mendapati persiapan markaz sedikit terkejar-kejar di saat akhir yang berkemungkinan besar menunggu peruntukan terlebih dahulu terutama upah petugas markaz.

Simulasi pilihanraya Umno/BN Dun Sura dimulakan dengan majlis ceramah isu-isu semasa pada malam semalam di Arena Square,Padang Merdeka oleh penceramah jemputan dari Kelantan.

Dalam ucapan aluan oleh Penyelaras Umno Dun Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan meluahka
n sedikit terkilan dengan kehadiran yang kurang mendapat sambutan walaupun cuaca pada malam tersebut baik tanpa hujan seperti hari-hari sebelumnya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun turut memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan dalam Umno itu sendiri dalam suasana masing-masing ingin menonjolkan diri sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Selain itu masalah calon 'bidan terjun' Umno/BN Dun Sura juga dipersoalkan oleh beliau walaupun calon itu dilahirkan di Dun Sura tapi kurang dikenali penduduk tempatan yang disebabkan banyak masa dihabiskan diluar dari Dungun terutama di Kuala Lumpur. - http://dunsura.blogspot.com/

Tiada ulasan: