HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Oktober 2013

Felda Rancang Pengambilalihan Baru Ke atas Tanah Peneroka

BULETIN ONLINE


DUNGUN – Ketua Penerangan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangaan (ANAK) Naraza Muda mendakwa, Felda sedang membuat rancangan baru untuk menggadai tanah peneroka secara besar-besaran bagi mendapat aliran tunai.

Beliau berkata, peneroka Felda dijajikan sekali lagi dengan pemberian ‘durian runtuh kali kedua’ apabila rancangan yang mejadi helah Felda itu akan terlaksana.

“Peneroka mula berkira-kira untuk menanti kononnya ‘durian runtuh kali 2′ yang dilaporkan, kali ini yang lebih lumayan. Mereka terus membutakan mata dan hati mereka dari melihat kesan jangka panjang dan nasib anak cucu serta tanah air mereka.

“Berdasarkan maklumat, sudah beberapa kawasan tanah rancangan pihak Felda turun memberi taklimat, akan mengambilalih besar-besaran tanah peneroka untuk sewaan baru. Desas- desus di kalangan peneroka mendakwa akan mendapat sejumlah wang yang dianggap ‘laba berganda’ itu, kian menjadi buah mulut.”ujarnya dalam stu kenyataan hari ini.

Menurutnya pihak Felda telah menghantar pegawai mereka di Felda Kemahang 1 di Kelantan, Felda Teloi Kanan di Kedah dan Felda Sungai Tengi di Selangor untuk ‘meneropong’ reaksi peneroka.

Beliau berkata, Felda dengan ‘hemah yang berhelah’ menggunakan bahasa sewaan tanah peneroka selama 30 tahun bagi membangun dan meneruskan ‘tranformasi’ yang dilancarkan dengan dakwaan ‘penyewaan baru’ yang melebihi 3 tahun.

“Sedagkan ia merupakan ‘pajakan’ perlu didaftar di Pejabat Tanah. Sepertimana kita diberi hakmilik oleh Kerajaan Negeri keatas tanah pajakan 99 tahun begitu juga Felda akan diberi hakmilik untuk tempuh pajakan yang diberi oleh peneroka.

“Kalau kita sebagai pemegang pajakan selama 99 tahun boleh gadaikan tanah untuk maksud pinjaman begitu juga Felda boleh gadaikan pajakan tanah-tanah peneroka kepada mana mana bank atau pihak ketiga untuk untuk mendapatkan pinjaman,”ujarnya.

Justeru, beliau bimbang terhadap usaha baru Felda itu akan menyebabkan ‘estet’ terbesar orang-orang Melayu akan tergadai sekiranya, Felda gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat.

“Projek pengambilalihan tanah peneroka Felda ini adalah terbesar dalam sejarah ‘eset orang melayu’ dan dunia akan melihat kebodohan kita orang-orang Melayu dalam satu lagi episod lebih 1,000,000 ekar tanah peneroka menjadi ‘hidangan lazat’, rakusnya selera pemimpin negara kita!,”tegasnya

Oleh itu, katanya, satu laporan polis akan dibuat berhubung isu Felda Pajak kebun Peneroka pada 3 Oktober, Khamis (esok) jam 12.30 tengahari d Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: