Gambar - Skuad Lumba basikal sedang menjalani latihan. Jarak kenderaan pengiring terlalu dekat di belakang para pelatih yang mungkin boleh menyebabkan risiko kemalangan
BULETIN ONLINE
Minta pihak yang bertanggungjawab buat siasatan rapi dua kemalangan
KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelumba basikal Mohd Asmu’i Ali @ Awang yang meninggal dunia akibat kemalangan di KM 71 Kampung Pulau Serai Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, pada pagi semalam, Rabu 2 September.
“Saya bagi pihak seluruh pemuda PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Asmu’i, terutamaya kepada ibunda Allahyarham, mak cik Kuntum Yusof, semoga bersabar menerima dugaan dari Allah dan kami mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan dimasukkan dalam golongan pemuda-pemuda yang soleh,”ujar Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berharap tragedi kemalangan berulang yang menimpa pelatih skuad Lumba Basikal negeri Terengganu dapat menjadi iktibar dan pengajaran serta diambil perhatian oleh pihak berkuasa sukan dan kerajaan negeri Terengganu.
Ustaz Mohd Nor menyifatkan kejadian yang berlaku ketika konvoi pasukan Lumba Basikal menjalani latihan menuju ke Sepang dari Kuala Teregganu adalah satu ketetapan Ilahi, bagi memberi petunjuk kepada manusia supaya dapat merancang tindakan yang lebih berhemah pada masa hadapan.
Oleh itu Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu meminta pihak yang bertaggungjawab membuat siasatan rapi atas kejadian semalam dan kemalangan yang berlaku kepada pasukan yang sama di jambatan Kampung Bukit Guntong pada empat bulan yang lalu.
“kita amat berharap pihak Jawatakuasa Belia dan Sukan Negeri membuat siasatan rapi dan memberitahu rakyat, apakah sebenarnya punca-punca yang menyebabkan kedua-dua kemalagan tersebut dan kemudian,
“mengambil langkah-langkah ‘yang keras’, supaya kejadian yang mengorbankan nyawa para pelatih sukan tidak akan berulang serta berusaha memberi jaminan keselamatan berdasarkan prosedur-prosedur tertentu,”jelasnya.
Atara usaha yang boleh diambil, kata beliau, memastikan kawalan trafik oleh pihak polis atau pihak yang berotoriti tentang keselamatan jalanraya dan mempamerkan tanda-tanda yang jelas, yang dibawa oleh petugas sewaktu pasukan Lumba Basikal menjalani latihan.
“prosedur keselamatan kena jelas, jarak yang munasabah di antara kenderaan pengiring dengan para pelatih dan tanda-tanda umpamanya bendera yang berwarna yang dapat memberikan awasan kepada pegguna jalanraya bahawa terdapat latihan sedang berlangsung,
“pegawai yang berdedikasi dan berdisiplin serta komimen perlu diutamakan kerana ia melibatkan nyawa para pelatih,”tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan