Cadangan mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar supaya semua bumiputera Muslim Sabah membuang identiti etnik masing-masing dan dikenali sebagai Melayu, demi perpaduan Islam, 'disambut' dengan cara yang lain.
Daripada Selasa, penduduk Sabah memenuhkan kotak e-mel anggota Parlimen Penampang daripada PKR Darell Leiking dengan gambar bagi menghantar mesej kuat kepada mufti itu:
"Kami etnik tersendiri dan kami bangga dengannya."
Di pelbagai tempat, malah sehingga sejauh Paris, orang ramai menghantar gambar masing-masing yang menyatakan etnik masing-masing dalam sekeping gambar.
Antara gambar yang dimuat naik di Facebook Leiking, terdapat keluarga enam anggota dalam baju Melayu dan baju tulis meletakkan tulisan: "Kami Muslim... tapi masih Dusun."
Keluarga yang lain pula menulis: Kami Kadazandusun, Sino, Punjabi, Lundayeh dan Filipina dan kami satu keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan