KL TODAY
Perbelanjaan
yang ditanggung kerajaan ke atas pemilikantujuh jet untuk kegunaan
perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk kepentingan
negara dan ia tidak perlu dipersoalkan.Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua perbelanjaan ke atas
tujuh jet berkenaan adalah bagi memastikan perdana menteri tiba tepat
pada masanya di sesuatu tempatdalam melaksanakan tugasnya.
“Ini
ialah untuk soal yang berkait dengan kepentingan negara. Perdana
Menteri harus sampai ke satu-satu tempat itu tepat pada masanya.
“Cuba
bayangkan pukul 2 petang berada di Kuala Lumpur dan pukul 3 petang kena
ada di Alor Setar, kemudian pukul 6 petang kena berada di Ipoh. Di
sana tiada penerbangan kelas pertama dan kos lebih tinggi jika menyewa
kapal terbang komersial,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi
Parlimen pada Khamis.
Shahidan
yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, selain untuk kegunaan dalam
negara, jet itu turut digunakan untuk menampung keperluan perdana
menteri dan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas rasmi ke luar
negara.
“Jika jet
ini tidak diselenggara dengan sempurna, ia boleh membawa kepada risiko
dan ini melibatkan faktor keselamatan. Jadi ia memerlukan
penyelenggaraan,” katanya.
Dalam masa
yang sama katanya, kos bagi menyelenggara jet yang digunakan oleh
perdana menteri itu adalah ditetapkan oleh syarikat yang dilantik
kerajaan.
“Kos ini bukanlah untuk kegunaan peribadi perdana menteri malah ia langsung tiada hubung kait dengan perdana menteri. Perdana Menteri hanya menggunakan salah satu daripada pesawat berkenaan,” katanya.
“Kos ini bukanlah untuk kegunaan peribadi perdana menteri malah ia langsung tiada hubung kait dengan perdana menteri. Perdana Menteri hanya menggunakan salah satu daripada pesawat berkenaan,” katanya.
Terdahulu,
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mengadakan sidang media
sebelum itu mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana
Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet
bagi lawatan rasmi Najib.
Beliau
mempersoalkan jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet
berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32
juta untuk baik pulih.
Ramai yang
memberi contoh kuasa besar dunia seperti China yang menghantar
Presidennya ke luar negara dengan menggunakan pesawat komersil. Yang
terbaru Presiden China yang tiba di Kuala Lumpur semalam menggunakan
pesawat Air China sahaja (gambar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan